Friday, March 24, 2017

Habis......nak buat kawan lagi dengan makhluk jenis macam ni?

Giliran Bersatu pula pertikai sikap Pas
24 Mac 2017 | ARIF ATAN
Dr Muhammad Faiz Naaman

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sebelum ini dilihat lebih menumpukan usaha untuk berbincang dengan Pas akhirnya mendedahkan sikap negatif pemimpin utama parti itu tidak terkecuali Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggnya  Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata, rundingan antara kedua-dua parti itu sejak awal lagi mengalami pelbagai kesukaran atas beberapa faktor yang kebanyakannya berpunca daripada pihak kepimpinan Pas.

"Sebagai contoh sewaktu pertemuan pertama kumpulan rundingan Bersatu dengan P, pihak Pas tidak diwakili oleh Presiden Pas pun.

"Walhal, Presiden PPBM mengetuai kumpulan rundingan di pihak parti, Ini menunjukkan ketiadaan komitmen atau mungkin keangkuhan di pihak kepimpinan Pas yang tidak serius meraikan usaha rundingan sesama ummah.

"Mungkin pihak kepimpinan Pas anggap status Presiden tidak sama dengan Presiden Pas, wallahualam," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, beberapa pemimpin Pas termasuk presiden parti itu tiada adab akhlak Islamiyyah kerana tidak faham erti 'gencatan senjata' sepanjang proses rundingan tersebut berlangsung.

Lima lagi pemimpin Pas Pusat yang berterusan menghentam Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir secara terbuka di media, ujarnya, adalah Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Aziz dan Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan.

Turut dinyatakan, Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali serta Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki.

"Itu belum lagi termasuk syarat yang dikenakan kepimpinan Pas ke atas PPBM hingga menyulitkan lagi proses rundingan seperti mahu PPBM memilih antara Pakatan Harapan atau Pas.

"Walhal kita tahu bahawa PPBM berusaha menyatukan semua blok pembangkang demi menghadapi BN," ujaranya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pendirian kepimpinan Pas terhadap usaha rundingan dengan parti itu juga dilihat berbeza seolah-olah wujud dua puak dalam Pas.

"Satu pihak mahu perdamaian dengan PPBM melalui Timbalan Presidennya. Lagi satu pihak, dilihat anti kerjasama dengan PPBM yang diketuai Presiden Pas sendiri.

"Oleh kerana itu apabila Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada media bahawa Pas menjemput PPBM  berunding agihan kerusi untuk PRU (Pilihan Raya Umum), kenyataan itu seolah-olah dinafikan oleh beberapa tokoh pemimpin Pas seperti Timbalan Mursyidul Am Pas dan Naib Presiden Pas keesokannya.

"Seolah-olah wujud jurang komunikasi antara pemimpin Pas dalam soal rundingan tersebut," jelasnya yang juga Timbalan Ketua Penaja Bahagian Putrajaya.

Sehubungan itu, Faiz berkata, rakyat pada masa ini boleh menilai pihak mana yang sebenarnya menyulitkan usaha rundingan berkenaan selepas tiga kali pertemuan Bersatu-Pas diadakan antara team rundingan Bersatu dengan Pas tanpa sebarang hasil yang jelas.

"Sekarang pendirian PPBM ialah menangguhkan sebarang rundingan rasmi dengan Pas sehinggalah Pas sendiri yang membuat keputusan rasmi di pihak mereka ketika Muktamar Pas April nanti," tegasnya lagi.

1 comment:

  1. Dah org bg peringatan hangpa xmau dengar. Walaupun ada org lama dalam parti, org tetap cop hangpa parti baru. Tambah2 ada jgk muka2 baru. Baru nak kenal politik. X cukup matang. Mcm yg org selalu kata kat Amanah jgk. Tp Amanah move on. Depa tetap terima Pas kalau berubah hati. Jadi xyah nak pujuk bagai kalau org dah tolak pinangan awal2. Last2, mula la nak buka cerita itu ini. Dia suka dia mai, dia x suka biaq pi kat dia. Wallahua'alam...

    ReplyDelete