Yang paling saya ingat tentang Nik Aziz ialah masa dia ceramah dalam kempen Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, tahun 2009 dulu...... Pada satu kali tu, Nik Aziz berceramah di Kampung Tanjung, kalau tak silap... bersama dengan penceramah PKR dan DAP.
Selesai muqadimah, Nik Aziz mengalu-alukan dengan menyebut nama penceramah lain, antara lain katanya : "....... sahabat ambo, Rhonie Liu...." dia pun berpaling ke belakang memandang Rhonie Liu, lalu menyambung : "..... eh, tidak Abdul Roni ko...."
Semua orang gelak, dan Rhonie Liu yang gelak paling kuat sekali... Begitulah.... Nik Aziz ni, semua orang suka dia.... Artis-artis pun respect dia... Siti Norhaliza pergi Kelantan pun singgah jumpa Nik Aziz.... Amy Search bukak restoren pun Nik Aziz pergi, makan.... Orang-orang Cina dan India pun kasihkan dia, tidak segan-silu memakai t'shirt gambar Nik Aziz..... cer bagi baju gambar Haji Hadi kepada Cina dan India sekarang, bahkan kepada orang Melayu pun, mungkin mereka ambik untuk buat lap kereta.
Sebut pasal pilihanraya kecil Kuala Terengganu ni, cedera hati ambe dengan PAS.... mahu tak cedera hati, hanya setelah 8 tahun selepas itu, baru ambe tahu rupa-rupanya, masa PRK Kuala Terengganu tahun 1999 dulu tu, masa tu, rupa-rupanya usaha untuk mencantas pemimpin PAS dari kalangan profesional dan yang pro Anwar sedang giat dijalankan oleh Hadi Awang dan orang-orangnya..... Masa PRK itu lah, Nizar Jamaludin yang jadi MB Perak ketika itu, telah diboo oleh orang-orang PAS sendiri ketika berceramah..... Dan tidak lama selepas itu, Najib telah merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Nizar dijatuhkan dengan cara yang amat jijik, saya percaya semua itu dilakukan oleh Najib atas restu dan kerjasama dari Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS sendiri.... Dalam tempoh itu juga, kita baru tahu beberapa tahun kemudian, rupa-rupanya dalam sembunyi-sembunyi, Hadi Awang telah pergi berjumpa Pak Lah, PM ketika itu, untuk mencadangkan supaya PAS dan UMNO bersatu.... dan banyak lagi yang kita baru tahu cerita sebenar di belakang hari.
Masa sarapan, makan nasi minyak lauk daging di Ladang, ambe dengar orang-orang bercakap.... "Masa mesyuarat, semua setuju calonkan Syed Azman, ayah chik sendiri yang jadi pengerusi mesyuarat tu.... tapi bila tiba malam umum calon, dia pergi umum nama Wahid Endut."
Yang sorang lagi menyampuk : "Betul dah tu... ambe tahu cerita ni.... Syed Azman tubik awal kan malam tu, sebelum Ayah Chik umum lagi, dia lari balik dah...."
Ambe pun tanya : "Dah bakpe jadi ggitu....?"
"Deme bukan dok tahu... Ayoh Chik dok berahi ke Syed Azman... kang Syed Azman dia imej profesional sikit, bukan imej ulamak... Lagi pun, Syed Azman pro Anwar...."
"Dah bakpe sampai takdok orang PAS berani tanya, bakpe Haji Hadi wat ggitu.... ambe berani royat, benda ni yang buat punah PAS esok-esok."
"Ada yang tanya.... malam tu jugak, habis selesai umumkan calon, berucap sepatah dua, masa orang tengah bersurai, ada yang tanya selalu, bakpe tok guru tak ikut keputusan mesyuarat...? Kan mesyuarat dah putuskan Syed Azman jadi calon....?"
"Dia jawab apa...?"
"Dia kata, dia lupa nama siapa yang dipilih jadi calon, kertas yang dia tulis nama calon dia letak dalam poket jubah yang dia pakai masa mesyuarat... bila balik rumah, jubah tu masuk dalam mesin basuh, kertas tu hancur tak boleh baca......."
Itu orangnya, kalau nak tahu.... Ini 2009 punya cerita...! Maknanya, sejak tahun 2009 lagi, dia jahat dah, cuma kita baru tahu sejak tahun 2014. - zam kajang

No comments:
Post a Comment