Perbalahan isu Rosmah, PERMATA masuk hari ketiga
mk Hari ini, 2:44 tengahari
Perbalahan isu berkaitan program pendidikan awal kanak-kanak PERMATA dan isteri perdana menteri Rosmah Mansor berlarutan ke hari ketiga berturut-turut.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama Yeo Bee Yin hari ini terus berbalas hujah dengan pembantu Rosmah, Rizal Mansor.
Dalam kenyataan terbarunya, Yeo meminta Rizal tidak beralih daripada isu pokok dengan menyerang kembali Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“Apa kaitan Lim Guan Eng dengan isu sama ada Rosmah patut jadi penaung PERMATA atau tidak?” soalnya.
Menyentuh soal kepercayaan awam, Yeo semalam membangkitkan sama ada tiada penjawat awam lain yang layak menggantikan Rosmah sebagai penaung PERMATA.
Rizal dalam reaksinya balasnya menggunakan hujah hampir sama bagi mengkritik balas DAP.
Rizal membangkitkan sama ada tiada wakil rakyat DAP di Pulau Pinang yang layak menggantikan Lim, yang berdepan pendakwaan rasuah di mahkamah, sebagai ketua menteri.
Dalam kenyataannya hari ini, Yeo mendakwa masih tidak terdapat penerangan jelas berkaitan beberapa persoalan penting berkaitan PERMATA, iaitu:
Kenapa PERMATA diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri apabila Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat serta Kementerian Pendidikan mempunyai lebih kepakaran dan pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak?
Kenapa PERMATA perlu ada penaung ketika negara-negara yang mempunyai program pendidikan awal bertahap dunia tidak mempunyai penaung untuk pendidikan awal kanak-kanak mereka?
Rosmah dipilih atas dasar merit atau perkahwinan?

No comments:
Post a Comment