Wednesday, March 22, 2017

Ada 4 Tan Sri, seorang mungkin Pengkhianat – Tun M

ADA 4 TAN SRI, SEORANG MUNGKIN PENGKHIANAT – TUN MAHATHIR

Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan terdapat empat individu bergelar ‘Tan Sri’ dan salah seorang daripada mereka mungkin mengkhianati yang lain.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu memberi gambaran tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak telah “dikhianati”.

“Ada seorang yang tidak termasuk. Terdapat empat daripada mereka, seorang daripada mereka tidak termasuk.

“Ada kemungkinan bahawa seorang (tidak termasuk itu) yang khianat,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Ditanya siapa, Mahathir menjawab: “Saya tidak tahu. Saya tidak tahu. Saya tidak mahu ditangkap.”

Click Here
Pada hujung minggu lalu, Mahathir mendakwa jika tidak kerana tindakan khianat itu, perdana menteri sudah tentu akan menghadapi tindakan.

Sebelum itu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamad.

Khairul Azwan mendakwa tiga Tan Sri itu memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing tanpa kebenaran dan memalsukan butiran untuk mencapai agenda mereka.

Bagaimanapun, Khalid berkata polis tidak akan menyiasat laporan ketua Pemuda Umno itu kerana ia dibuat berdasarkan andaian. – Sumber Malaysiakini | 24 Ogos 2016

DIKEMASKINI MAC 2017: Hasil siasatan berhubung dakwaan “konspirasi tiga Tan Sri” untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

Menteri Dalam Negeri berkata laporan “chowkit/5870/2017” itu telah dikemukakan pada 29 November tahun lalu untuk arahan dan penelitian timbalan pendakwa raya.

Bagaimanapun, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak mendedahkan hasil siasatan dan cadangan yang dikemukakan dalam jawapan bertulis di parlimen itu.

Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Bekas naib presiden PAS itu mahu tahu berhubung status “siasatan palsu” Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun itu.

Laporan pada 26 Julai tahun lalu itu dibuat terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Menurut Khairul Azwan, ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan Malaysia. – Malaysiakini

No comments:

Post a Comment