Pada 23 Mac 2017
oleh Zamzani Husin
Orang Melayu yang dianggap lubuk emas ketika tiba musim pilihan raya oleh parti-parti di Malaysia perlu faham bahawa UMNO atau nama panjangnya United Malay National Organisation tidak lagi berdiri atas asasnya yang dahulu, sewaktu UMNO membentuk Parti Perikatan dengan MCA dan MIC bagi memperoleh kemerdekaan daripada British.
Inti sejarah yang mempertandakan 31 Ogos dalam takwim Malaysia setiap tahun itu telah dikambus hidup-hidup, dan yang tinggal hanya nisan untuk dikenang, dan sekali-sekala dilawati atau paling menyedihkan hanya dilewati oleh pemimpin-pemimpin UMNO kini tanpa sekole air berisi bunga.
Orang Melayu sebagai majoriti penduduk dengan jumlah hampir 60 peratus di Malaysia harus difahamkan bahawa UMNO dewasa ini berdiri atas tiga dasar utama iaitu Wang atau lebih popular dengan perkataan ‘dedak’; Sentimen yang menyentuh isu agama dan kaum; kuasa atau alat negara yang dipergunakan sehabisnya demi mengekang suara-suara mendesak dari pihak pembangkang.
Tiga dasar ini membentuk piramid 2-dimensi yang nantinya digunakan untuk mengepung fikiran orang Melayu. Ia bukanlah bermakna bahawa minda Melayu mudah untuk diperangkap, tetapi permainan UMNO yang tohor dengan menurunkan tahap ekonomi orang Melayu demi memperkayakan individu tertentu sehingga kehidupan kaum itu dijerut dengan bebanan sara hiduplah yang menjadi punca.
Sementelah retorik seperti “UMNO bela orang Melayu”, “Orang Melayu hilang kuasa jika UMNO hilang” yang dipertuturkan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO hanyalah sandiwara untuk memancing sokongan kaum yang dijamin hak keistimewaan mengikut Perlembagaan Malaysia itu.
Malah lebih teruk lagi, UMNO mempergunakan slogan-slogan itu demi menghalalkan rasuah yang terjadi di depan mata atau di belakang pengetahuan rakyat, yang mana sehingga kini tidak disuarakan dengan lantang oleh sekutu barunya, PAS.
Tidak cukup dengan itu, seakan-akan kurang garam dalam masakan, UMNO menambah rencah dengan mewujudkan momok bagi menutup rapat ruang buat orang Melayu keluar daripada tiga asas yang disebutkan tadi. Momok itu tidak lain dan tidak bukan adalah DAP, yang dikutip dengan tuduhan komunis pada satu ketika dahulu dan kini dituduh sebagai anti-Islam atau anti-Melayu.
“Tiga asas dan momok” adalah rancangan besar (grand plan) UMNO demi memperkasakan kewujudannya. Ia tak ubah seperti Israel atau setepatnya Zionis yang mempergunakan peristiwa Holocaust bagi mengabsahkan kewujudannya di tengah-tengah tanah bernama Palestin.
Ironinya, perkara yang seharusnya dilihat sebagai kelemahan UMNO kerana terpaksa membina asas daripada sumber negatif dianggap pemimpin UMNO kini sebagai kekuatan yang akan meneruskan kelangsungan atau survival parti sepenuhnya milik golongan elit Melayu itu.
Teknik menggunakan momok selalunya gagal dalam kehidupan rakyat yang kian mencapah dalam nilai dan kemajuan intelek. Kerana dunia akan digantikan dengan robot, dan hutan akan musnah seperti di Kelantan yang kini ditadbir PAS, dan teknik mempergunakan momok akan menjadi basi dan UMNO akan terkubur dan bersemadi di buku teks sejarah tingkatan tiga.
Apatah lagi dengan kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan mantan Presiden UMNO yang akan mencabar status quo atau jelmaan sikap manusia UMNO yang dipanggil alpha male. Ia diperkuatkan lagi dengan penyertaan PPBM ke dalam Pakatan Harapan.
Namun ada yang mempertanyakan mengenai PAS. Ada apa dengan PAS? Parti Islam itu sebenarnya tertinggal kereta api. Masih terkandas di stesen bernama ‘RUU355’, dan sedang mencongak-congak untuk kembali ke rumah bernama UMNO atau terus mengidamkan impian yang bukan-bukan, seperti contoh: memenangi 40 kerusi Parlimen dan seterusnya menjadi King Maker dalam arena politik di Malaysia.
Sudah tiba masanya untuk orang Melayu menendang ketakutan momok yang ditanam UMNO serta tiga asas yang dibinanya dan mengejutkan PAS daripada mimpinya untuk diajak bersarapan di kedai mamak dengan menu roti canai banjir dan segelas teh tarik.

No comments:
Post a Comment