Kepimpinan kuku besi faktor utama keluar DAP
SH - 15 MAC 2017
PETALING JAYA - Kepimpinan kuku besi Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti itu, didakwa sebab utama ramai anggota DAP keluar parti.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, ramai anggota DAP dari Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Melaka akan bertindak meninggalkan parti tersebut kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti yang hanya dikuasai bapa dan anak itu.
"Kit Siang dan Guan Eng tidak boleh menerima sebarang pendapat atau cadangan yang tidak sehaluan dengan mereka...itu berdasarkan pengalaman saya ketika menganggotai parti itu dulu.
"Mereka menyemai ketakutan dalam kalangan angggota parti namun cara mereka hanya menambah masalah dalaman sehingga semakin hari ramai bertindak meninggalkan parti itu," dakwanya pada sidang media mengenai kepimpinan DAP, di sini, hari ini.
Pada 12 Mac lepas, 182 anggota DAP di Melaka bertindak keluar parti selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan sikap kepimpinan tertinggi DAP dan perkara yang sama turut berlaku di Sabah bulan lepas apabila 40 anggota parti negeri itu meninggalkan parti dan menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) di sana.
Masalah dalaman DAP sekarang berpunca daripada sikap kepimpinan tertinggi parti itu yang tidak mahu mendengar dan menerima pendapat atau cadangan anggota parti, kata Tunku Abdul Aziz. - Bernama
* Lim dua beranak tu baru terajui DAP tahun ni kah?
SH - 15 MAC 2017
Tunku Abdul Aziz Ibrahim

No comments:
Post a Comment