Thursday, March 9, 2017

Haghu dan celaghu: Mana satu yang betul ni?

Rundingan PAS-PPBM: Idris Ahmad tidak tahu dakwaan Muhyiddin
Harits Asyraf HasnanAstro Awani |  Mac 09, 2017 16:59 MYT
Rundingan PAS-PPBM: Idris Ahmad tidak tahu dakwaan Muhyiddin
Idris Ahmad tidak tahu menahu dakwaan PPBM yang mengatakan parti Islam itu mahu berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad tidak tahu menahu dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mengatakan parti Islam itu mahu berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Selain tidak tahu bila perbincangan tersebut diadakan, Idris turut menegaskan PAS masih belum memuktamadkan sebarang keputusan berhubung pembahagian kerusi dengan PPBM.

“Belum ada tarikh ditetapkan, untuk tarikh itu kita tidak tahu.
“Pas tak ada kata putus lagi,” jawab ringkas Idris ketika ditemui di Parlimen hari ini.

BACA: PAS jemput PPBM runding pembahagian kerusi PRU - Muhyiddin

BACA: 
PAS tolak DAP, sedia bincang dengan PPBM


Beliau pada masa sama tidak dimaklumkan oleh mana-mana pimpinan PAS berhubung perbincangan kerusi dengan PPBM.

“Mungkin saya terlepas pandang, tapi tak ada (dimaklumkan tentang perbincangan),” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi memaklumkan satu mesyuarat kepimpinan PAS Pusat akan diadakan pada Isnin depan.

Namun, beliau tidak memperincikan agenda mesyuarat yang akan diadakan di Ibu Pejabat PAS di ibu negara.

Semalam, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu telah mendapat jemputan daripada PAS untuk rundingan agihan kerusi bagi menghadapi PRU14.

1 comment:

  1. nak dekat pru
    macam macam ada haru biru ok biasa saja kita kan dah lama hidup kat negara ni
    pilihan raya ala amnooo

    ReplyDelete