27 Mac 2017
Practical men who believe themselves to be quite exempt from any intellectual influence, are usually the slaves of some defunct economist. Madmen in authority, who hear voices in the air, are distilling their frenzy from some academic scribbler of a few years back.” – John Maynard Keynes
(Terjemahan: “Orang yang menganggap diri mereka praktikal serta terkecuali daripada sebarang pengaruh intelektual biasanya adalah hamba kepada pakar-pakar ekonomi yang sudah ketinggalan zaman. Mereka ini adalah orang gila yang memegang kuasa, mendengar suara dari udara, yang menyalurkan kegilaan mereka daripada karya akademik tahun-tahun yang lampau. “ – John Maynard Keynes)
Petikan kata-kata terkenal ini oleh pakar ekonomi yang agung John Maynard Keynes sesuai untuk menggambarkan watak Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga Unit Perancangan Ekonomi, merangkap Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, berikutan kenyataan dan sikapnya kebelakangan ini.
Dunia ini sering dimusnahkan oleh idea-idea orang gila yang berkuasa. Rahman Dahlan sedang menuju ke arah menjadi orang seperti itu.
Salah satu kenyataannya yang diulang-ulang, malah ditiru pula oleh pengikutnya seperti Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng, adalah dakwaan bahawa pembangkang “sabotaj” ekonomi dan perlu “disiasat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)”.
Pada 12 Mac, akhbar New Straits Times melaporkan Rahman sebagai menggesa MKN untuk mengambil tindakan terhadap apa yang didakwanya sebagai tindakan sabotaj ekonomi. Menurut laporan itu, Rahman mendakwa beliau telah mengadakan “perbincangan”, walaupun tidak diberitahu dengan siapa, tentang usaha untuk mengkategorikan “sabotaj ekonomi” sebagai ancaman terhadap keselamatan negara. Dalam contohnya, sabotaj ekonomi adalah “memberi gambaran bahawa keadaan ekonomi negara adalah buruk”.
“Jika ada orang yang membuat kenyataan, seperti KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) akan bankrap atau negara tidak boleh membayar gaji kakitangan awam, kita boleh memanggil orang itu untuk disiasat,” katanya dipetik akhbar tersebut.
Pada 24 Mac, Rahman mengulangi kenyataannya sewaktu ceramah di Batu Pahat, Johor.
Beliau adalah menteri EPU yang paling ghairah politik setakat ini. Ideanya untuk mengenakan undang-undang MKN terhadap pengkiritik yang mengemukakan pandangan berbeza tentang ekonomi adalah petanda bahaya lahirnya sebuah rejim tidak boleh ditegur yang enggan melibatkan diri dalam debat yang sihat.
Rahman adalah sebahagian daripada pentadbiran Najib, dan di bawah kerajaan kleptokratik ini, elit pemerintah sedang merosakkan ekonomi negara.
Ekonomi Malaysia sangat baik untuk para kleptokrat melakukan jenayah ekonomi terhadap negara sendiri pada skala global, seperti skandal mega 1MDB, tanpa kena tangkap dan dibicarakan di Malaysia, serta masih memegang tampuk pemerintahan.
Ekonomi Malaysia sangat baik untuk pucuk pimpinan UMNO dan rakan-rakan mereka kerana mereka mempunyai akses terhadap hadiah, kontrak dan aset kerajaan.
Ekonomi Malaysia sangat baik untuk kumpulan 1% penduduk Malaysia kerana dasar-dasar kerajaan biasanya memihak kepada golongan superkaya tetapi memulas golongan kelas pertengahan dan di bawahnya.
Bagaimanapun, ekonomi Malaysia tidak begitu baik untuk majoriti rakyat Malaysia. Satu daripada kumpulan yang teruk terjejas dengan ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran Najib adalah golongan muda.
Laporan Bank Negara 2016 yang diterbitkan pada 23 Mac 2017 mengandungi satu rencana penting bertajuk “Pengangguran Belia di Malaysia: Perkembangan dan Pertimbangan Dasar” yang saya harap Rahman dan ahli-ahli politik dapat membacanya dengan teliti.
Laporan itu membuat pemerhatian berikut:

- Pengangguran belia di Malaysia telah mencapai kadar 10.7% pada 2015, iaitu meningkat tiga kali ganda daripada kadar pengangguran negara 3.1%;
- Separuh daripada jumlah pekerja menganggur adalah golongan muda walaupun mereka hanya mewakili satu pertiga daripada jumlah tenaga kerja Malaysia;
- Kadar pengangguran belia yang mempunyai pendidikan tinggi adalah 15.3% berbanding dengan yang tidak mempunyai pendidikan tinggi pada ladar 9.8% pada 2015;
- Walaupun tahap pendidikan tenaga kerja semakin tinggi, peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam ekonomi Malaysia masih tertumpu pada pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana, kerana industry domestic masih dalam aktiviti nilai ditambah yang rendah yang menekankan kecekapan kos dan tenaga kerja yang murah; dan
- Dari segi pendapatan, 54% siswazah memperolehi pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Gaji permulaan siswazah pada amnya kekal tidak berubah sejak 2007.
Laporan Bank Negara memberi amaran: “…perkembangan berkembar pengangguran belia yang tinggi dan berterusan serta ketaksamaan pendapatan yang semakin meningkat mungkin mengekang mobiliti sosial dan membawa kepada rasa lebih tidak berpuas hati dalam kalangan masyarakat.
“Di Malaysia, keadaan ini telah pun menyumbang kepada fenomena penghijrahan tenaga kerja mahir Malaysia ke negara maju dan negara jiran. Jika keadaan ini dibiarkan, generasi belia yang tersisih dari segi ekonomi mungkin akan mendatangkan kesan rumit yang negatif dan meluas terhadap landskap ekonomi dan sosial.”
Mereka di tampuk pemerintahan, khususnya “orang gila yang memegang kuasa” yang tiada idea ekonomi jelas seperti Rahman Dahlan, telah menggagalkan generasi masa depan.
Adakah “orang gila yang memegang kuasa” seperti Rahman akan menuduh Laporan Bank Negara sebagai sabotaj ekonomi kerana mendedahkan kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi dalam mencipta pekerjaan, dan memastikan agar kita tidak akan melihat satu “generasi yang hilang” pada masa depan?
Masanya tiba untuk Rahman mengadakan debat yang bermaklumat serta sopan tentang ekonomi Malaysia, dan tidak menggunakan undang-undang MKN untuk mengugut serta menutup mulut pengkritik yang sah.
Saya bersedia untuk berdebat dengan Rahman di televisyen nasional tentang sama ada ekonomi Malaysia di bawah Barisan Nasional telah menggagalkan generasi masa depan. Semoga beliau berani bertemu muka dengan pengkritik yang sah seperti saya, dan tidak bersembunyi di sebalik undang-undang Majlis Keselamatan Negara.
PENGARAH POLITIK KEBANGSAAN DAP & AHLI PARLIMEN KLUANG
Kenyataan media oleh Liew Chin Tong di Parlimen pada hari Isnin, 27 Mac 2017
No comments:
Post a Comment