Thursday, March 16, 2017

Apa tak sempitnya: Nak faham dua perkara yang berbeza pun susah!

* Dikatakan Guru Agama yang 'sempit', difahamnya anti Islam
Bukannya dikata Islam yang sempit!
Kalau dikatakan Islam yang 'sempit' dan tidak berkembang, bolehlah dituduh anti Islam
Nak faham dua perkara berbeza yang mudah pun bermasalah ke?

PAS tuduh DAP anti Islam tuduh guru agama Semenanjung ‘sempit’

  | March 16, 2017
Parti yang bersekutu dengan DAP dituntut bersuara menjelaskan ucapan pengerusi DAP Sarawak itu.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: PAS hari ini menuduh DAP sebagai anti Islam kerana menolak guru pendidikan agama Islam dari Semenanjung Malaysia mengajar di Sarawak.
PAS Selangor berkata ucapan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat semalam “secara terang-terangan” menunjukkan sikap DAP, manakala PAS Sarawak berkata ia mengapi-apikan perbezaan agama di negeri itu.
“Jika DAP diberi peluang kelak, perbalahan agama boleh tercetus dan kita yakin semua masyarakat termasuk tionghua tidak bersetuju dengan provokasi DAP ini,” kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.
“Kita minta DAP jangan bermain isu agama dan perkauman kerana boleh mengundang suasana yang tidak elok,” katanya.
Semalam, Chieng Jen berkata dengan membawa masuk guru agama “import” yang “sempit” pemikiran dari Semenanjung, ia akan hanya mengganggu keharmonian antara kaum di Sarawak.
Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriazul Paijo berkata DAP cuba menjadi jaguh sentimen kenegerian tetapi bertindak mengapi-apikan perbezaan agama.
“Sewajarnya DAP Sarawak menjadikan keunikan dan keharmonian segala perbezaan yang ada di negeri ini sebagai kebanggaan tersendiri. Bukan memperleceh dan memandang pihak lain dengan tanggapan pecah belah, lebih-lebih lagi perkara melibatkan sensitiviti dan sempadan agama,” katanya dalam satu kenyataan.
Khairuddin turut membidas sekutu DAP dalam Pakatan Harapan kerana membisu terhadap ucapan Chieng Jen.
“Apakah ini polisi sebenar Pakatan Harapan? Kita mahu mendengar pendirian rakan Pakatan Harapan yang lain.
“Kenyataan DAP itu menimbulkan rasa marah di kalangan masyarakat Melayu Islam di negara ini.
“Ini bukan soal PAS atau sesiapa tetapi kita tidak mahu profesion guru diperlekeh, sebab guru dari Semenanjung sudah lama berkhidmat di Sarawak dan Sabah, kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dibuat kerana ia merumitkan lagi keadaan,” katanya kepada FMT.

1 comment:

  1. alahai puak kapir ni
    kalau orang islam ynag hanya tahu buat amal ibadat saja depa tak kisah sebiji macam britis n yahudi
    tapi bila nak amalkan sistem kehidupan Islam yang tu yang depa tak suka sangat
    baru ni ada 2 beradik dihukum gantung maka waris sipembunuh ni berkata bahawa waris simangsa bunuh dah maafkan pembunuh ni tapi tetap digantung jugak
    lani baru nampak kebaikan hukum Islam tapi apa boleh buat hukum lani ikut kitab lodrid

    Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barang siapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barang siapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih.
    siapkah yang merampas hak waris ni?

    hukum ni wajib bukan sunat
    tanggunglah dosa wahai sang penguasa

    Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin

    ReplyDelete