Friday, March 31, 2017

Serbu pejabat Teresa Kok: Tindakan jenaka SPRM?

SPRM serbu pejabat ahli parlimen DAP
Yap Jia Hee   Hari ini, 1:27 tengahari
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini ‘melawat’ pejabat ahli Parlimen DAP Teresa Kok di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi, pembantu ahli parlimen Seputeh, Alice Lan berkata dua pegawai SPRM pergi ke pejabat dengan membawa waran geledah.

Kok tidak hadir di pejabat pada masa serbuan itu pagi ini.

Lan berkata pegawai itu meminta dokumen asal berkaitan dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang di bawah pentadbiran Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

"Mereka kata ini berdasarkan laporan oleh (Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri) Jamal (Md Yunos). Jadi, untuk berlaku adil, mereka perlu menyiasat kami," katanya.

Lan berkata kakitangannya sedang membuat salinan sebelum menyerahkan dokumen asal kepada SPRM.

Sementara itu, Kok ketika dihubungi menafikan ia satu serbuan.

"Mereka hanya mahu dokumen, dan kami berikan kepada mereka. Ini bukan satu serbuan," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam reaksinya, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong berkata ramai akan menganggap tindakan SPRM itu sebagai satu jenaka.

"Khususnya laporan dari Sg Besar (Jamal). Jam tangan beliau mungkin lebih mahal daripada bangunan pejabat Kok, " katanya dalam tweet.

Pada 16 Mac lalu, Jamal memfailkan laporan dengan SPRM ke atas Kok berhubung isu berkenaan.

Kok menafikan dakwaan dirinya menyalahgunakan dana, dan berkata beliau sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan itu.

* SPRM kata tindakan mereka untuk berlaku adil atau kelihatan adil. Namun kalau ikutkan tweet Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Jamal juga mungkin ada kes. 

Selepas ini sekiranya DAP bertindak balas, adakah Jamal sendiri akan terlepas begitu saja?

No comments:

Post a Comment