Nor Miswary Ramli 20 Mac 2017, 11:21 pagi
“Sekiraanya saya betul, orang Jerman akan mengatakan saya orang Jerman dan orang Perancis akan mengatakan saya Yahudi. Jika saya salah, orang Jerman akan mengatakan saya Yahudi dan orang Perancis mengatakan saya orang Jerman” – Albert Einstein, 1922.
Begitulah tafsiran yang sering dibuat andai anda meluahkan pendapat yang diterima oleh satu kelompok tetapi ditolak oleh kelompok yang lain. Persetankan sama ada apa yang anda katakan itu benar atau salah, penilaian manusia akan mendahului semuanya. Politik juga tidak terkecuali.
Jadi, tidak keterlaluan untuk penulis mengungkapkan sesuatu dalam tulisan ini yang boleh jadi ditolak oleh puak tertentu tetapi boleh jadi diterima oleh satu pihak yang lain.
Presiden PAS - Datuk Seri Abdul Hadi Awang - dilaporkan mendakwa, dengan pendekatan politik matang dan sejahtera mereka, parti itu bersedia memasuki gelanggang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanya untuk menang sebahagian dan reda jika Umno memenangi sebahagian yang lainnya.
Beliau bagaimanapun menafikannya semalam. Tetapi, sekeping gambar boleh menjelaskan beribu kisah, dan beliau memiliki rakaman video yang menyebut tentang itu!
Bayangan PAS ini bolehlah kita tafsirkan sebagai satu persefahaman di antara PAS dan BN-Umno untuk membentuk - kalaupun tidak sebagai kerajaan bersama di masa depan - sekurang-kurangnya mengekalkan BN-Umno di tampuk kuasa.
Sudah terang lagi bersuluh
Di saat hampir semua rakyat Malaysia di semua peringkat ghairah mahu menghumban BN-Umno pada PRU14 yang akan datang, PAS datang dengan senang hati menawarkan kemenangan mudah buat seteru rakyat ini.
Adakah PAS sekadar mahu menjadi parti politik penasihat dan hanya sanggup duduk berkecuali dengan mensia-siakan peluang memperlihatkan bantahan dan kritikan seperti yang ada di dalam Dewan Rakyat? Jadi, apa lagi yang boleh kita harapkan daripada PAS ini?
Petunjuk ini telah terang lagi bersuluh. BN-Umno sebagai pemerintah dan memperkenal pelbagai polisi yang memberi kesan buruk secara langsung kepada rakyat sehingga memburukkan lagi kedudukan ekonomi negara, malah ekonomi isi rumah masyarakat.
Kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dirasai semua segmen dalam masyarakat kita, Isu ini sahaja sudah cukup untuk menguburkan BN-Umno.
Tambahan lagi, rakyat Malaysia dan semua parti pembangkang sepatutnya sudah boleh disatukan oleh skandal besar seperti 1MDB, MARA, Felda, Tabung Haji atau kes-kes rasuah melibatkan penjawat awam yang turut melibatkan sehingga anak dan isteri.
Namun, jika rakyat Malaysia tidak boleh juga keluar daripada segala siri skandal yang memalukan ini, apakah kita perlukan skandal besar lain untuk boleh menjatuhkan BN-Umno?
Sudah pasti tidak, malah ramai menjangka jika peluang terbaik di dalam PRU14 kali ini disia-siakan, ianya pasti akan membuka lebih besar jalan untuk BN-Umno terus berkuasa di masa depan.
Lalu, bukti yang bagaimana lagi diperlukan PAS untuk membawa mereka duduk bersama pembangkang dan menjatuhkan BN-Umno yang sudah busuk sampai ke usus ini?
Oleh itu, jika pilihan raya akan datang ini bakal menjadi penentu masa depan Malaysia, pengundi harus diberitahu dan mereka mesti diberi maklum: pada PRU14, bukan saja BN-Umno yang perlu dinyahkan dari kuasa, malah PAS yang berlagak oportunis juga terpaksa kita tolak mentah-mentah. Apatah lagi PAS hari ini dilihat seperti tidak bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan BN-Umno.
Itukah perancangan terbaik PAS
Jika presiden PAS menyebut yang mereka tidak boleh meramal masa depan dan perlu mengukur baju di badan sendiri; lalu bukankah dengan cara memperkuatkan blok pembangkang bersama PKR, AMANAH, DAP dan BERSATU adalah strategi paling ampuh untuk menjatuhkan BN-Umno?
Atau mungkin PAS sebenarnya tidak mahu pun BN-Umno ditumbangkan dan hanya mahu menang atau “sepatutnya memimpin” di beberapa negeri tertentu dan rela BN-Umno kekal pada sebahagian yang lain?
PAS mahu menjadi kuasa penentu. Kata presidennya, semua parti - baik dari Umno atau Pakatan Harapan - kedua-duanya memerlukan mereka untuk sekurang-kurangnya membentuk kerajaan di Putrajaya.
Ini adalah kerana mereka akan bertanding di 40 kawasan parlimen, dan posisi merekalah yang akan menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan akan datang di Putrajaya.
Namun, dengan memasuki pilihan raya bersendirian, apakah itu rancangan terbaik PAS berdepan rakyat dan BN-Umno?
PAS tidak keluar daripada kerajaan Selangor sedangkan mereka telah memutuskan sebarang kerjasama dengan DAP atau mana-mana parti yang ada kaitan dengannya. Presiden PAS sudah sepatutnya lebih awal lagi mengarahkan ADUN mereka meletak jawatan sebagai exco kerana di dalamnya ada DAP.
Alasan tidak boleh mengabaikan mandat rakyat adalah alasan paling naif dan amat cuai pernah dibuat oleh parti yang sudah berusia hampir 66 tahun ini. Namun, apakah PAS lupa, dengan mandat rakyat yang sama itu jugalah mengikat kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat? Jadi, apakah alasan sebenar yang mengekalkan kedudukan jawatan exco mereka di dalam kerajaan negeri sehingga ke hari ini?
Maka, terbit soalan: apakah jika menang PRU14 nanti, kerjasama demi kuasa seperti di Selangor hari ini akan wujud dengan prinsip sama itu?
Jangan khuatir berikrar
Di atas kertas, pertandingan tiga penjuru akan memberi kelebihan kepada BN-Umno. Tetapi, dengan pendirian terkini PAS seperti kelmarin, maka tidak ada keperluan untuk rakyat risau akan kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Ini kerana satu penjuru hanyalah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tersudut satu lagi penjuru hanyalah BN-Umno dan PAS! Mereka di dalam kelompok yang sama, kerana kebatilan hanya ada satu penjuru sahaja!
Biarpun semangat mahu berunding masih ada pada parti-parti dalam HARAPAN, namun selepas keluarnya usul demi usul untuk menolak kerjasama dengan parti-parti yang berkait rapat dengan DAP atau AMANAH menjelang muktamar PAS di Kedah bulan depan, kita seolah-olah telah mendapat bayangan paling jelas, yakni hanya ada dua sudut saja menjelang PRU14 kali ini.
Di satu sudut ada pihak yang bekerjasama menjatuhkan BN-Umno dan menukar kerajaan di Putrajaya, dan satu sudut yang lain pula adalah mereka yang bersama-sama mempertahankannya.
Harapan rakyat untuk memeluk kemenangan di Putrajaya sesekali terasa begitu hampir. Dengan segala skandal demi skandal didedahkan – BN dan Umno hari ini boleh diumpamakan seperti peribahasa; berumah di tepi tebing, iaitu orang yang setiap hari dilanda kebimbangan.
Seperti janji Datuk Seri Najib Razak yang tidak pernah gagal ‘mendahulukan rakyat’ maka semuanya telah kita merasai keperitan terlebih dahulu. Kesan kenaikan harga barang akibat pengenalan GST misalnya, atau ketidakyakinan para pelabur sehingga melemahkan ringgit berbanding dolar AS, maka hari ini penulis mahu mengajak seluruh rakyat Malaysia berikrar bukan sahaja menolak BN-Umno dalam PRU14, malah berazam untuk turut sama menolak PAS.
Tiada apa yang perlu dikhuatirkan dengan ikrar ini. Kenyataan presiden PAS semalam mengesahkan keperluan ikrar ini. Malah ianya menjadikan misi menewaskan BN-Umno dan PAS sebagai sebuah misi bersama, kerana telah tiba masanya PAS juga perlu ditewaskan.

“Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri apabila ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. Sesungguhnya jalan (bagi menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dn bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” – ash-Shura, ayat 41-42.
...minta PAN Imayan jangan bazirkan beratus ribu borang keahlian PAN Imayam tu dul yer...
ReplyDeleteApa maksud imayam???
DeleteApa pula maksud PIGS???
Maksud PIGS semua orang tahu!!!
Kan PIGS maksudnya PAS+IKATAN = GAGASAN SEJAHTERA!!!
MINTA PAS JANGAN ASYIK MENYONDOL YER!!!
RAKYAT TAK SUKA YER!!!
ALLAH PUN TAK SUKA YER!!!
KALAU ALLAH SUKA TAKKANLAH DIPERDAYAKAN HATI PEMIMPIN PAS MEMILIH NAMA 'PIGS' YER!!!
Kalau nak berhujah tapi macam budak terencat akal baik tak payah yer!!!
Abaikanlah org gila isim ni bro. X boleh terima kenyataan la tu tiba2 nama gagasan jd mcm tu. 😁
Deletepuak yang nak membela dari kedzoliman puak lain
ReplyDeleteni semuanya serupa pada prinsip dunia saja
Tak payah la diharap pada PAS tu. Mereka hanya tau bercakap. Tapi mereka sendiri tak ikut apa yg mereka cakap. Macam burung kakak tua...
ReplyDelete