Nazri sedia ‘bertumbuk’ dengan Mukhriz
Mereka yang terima 'tumbuk' secara harfiah adalah golongan yang mempunyai keupayaan intelek yang rendah.
VIDEO INSIDE
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mempertikaikan keupayaan intelek mereka yang menelan kenyataan sedia ‘bertumbuk’ dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara harfiah.
Antara mereka yang dikesan berbuat demikian adalah anak Mahathir sendiri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah.
Nazri bagaimanapun melaraskan kritikannya dengan mengkhususkan terhadap penulis Melayu.
“Intelek mereka yang membangkitkan perkara ini cukup rendah,” katanya dalam satu sidang media hari ini. “Malang sekali tahap intelek blogger Melayu dan wartawan Melayu cukup rendah. Ini masalahnya. Yang cerdik macam saya cukup kurang.”
Awal bulan ini, Nazri berkata sedia ‘bertumbuk’ dengan Mahathir bila-bila masa sahaja sekiranya bekas Perdana Menteri itu tidak berpuas hati keistimewaan pengiring polisnya ditarik balik. Menurut satu laporan pada pagi ini, Mukhriz dilaporkan menyahut cabaran itu dan berkata Nazri perlu berdepan dengannya terlebih dahulu.
“Kalau nak bertumbuk, jumpa kita dulu, bukan senang-senang,” kata Mukhriz menurut laporan Ismaweb.net.
Dalam sidang media hari ini, Nazri cuba memahamkan bahawa dia menggunakan perkataan ‘tumbuk’ secara kiasan, seperti mana Mahathir menggunakan ‘makan dedak’ bagi merujuk kepada sogokan yang didakwa diterima oleh mereka yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kita faham bila dia kata orang-orang yang menyokong Najib makan dedak. Semua orang faham ia tidak boleh diterima secara harfiah.
“Tapi bila saya kata ‘saya tak ada masalah kalau nak ajak bertumbuk’…takkanlah saya nak tumbuk orang tua,” kata Nazri.
Menjawab cabaran Mukhriz, Nazri berkata, “Okay, tiada masalah. Bila-bila masa pun boleh.”
Nazri juga berkata akan membawa usul memecat tiga pemimpin pemberontak daripada parti itu dalam mesyuarat MT UMNO akan datang.
Tiga pemberontak itu adalah Mukhriz; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri, Shafie Apdal.
# Kalau nak jadi kepala samseng jangan duduk di kerusi kabinet!
Bukan apa ni pak din,
ReplyDeleteIni kes pala penuh,mabuk wiski