Thursday, April 14, 2016

Yang di tengah tu aku kata hantu!

13 Apr 2016
[VIDEO] Yang Berada Di Tengah Itu Penyokong BN - Mujahid

Naib Presiden Parti Amanah Negara, YB Dato Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa perjuangan pilihanraya yang akan datang ini adalah diantara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Apa juga pakatan yang lain termasuk Blok Ketiga, atau mana-mana pihak yang duduk di tengah-tengah tidak akan diambil kira malah akan dianggap sebegai penyokong BN.

Mujahid berkata demikian di Pidato Pakatan Harapan SELAMATKAN MALAYSIA di Kuala Terengganu malam semalam.

Beliau mengulas mengenai pembentukan blok pakatan pembangkang yang baharu iaitu PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pada pertengahan bulan Mac lalu.

"Hari ini kita menyatakan plihanraya umum yang akan datang hanya pertempuran diantara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Kerana apa? Kerana Pakatan Harapan jelas menentang korupsi, Pakatan Harapan jelas menentang pemimpin yang kukubesi, Pakatan Harapan jelas mahu membina masa depan negara ini lebih baik, tanpa rasuah, tanpa perkauman, tanpa kebencian," ujarnya.

"Barisan Nasional kita tahu mempertahankan rasuah dengan meletakkan Najib dan mereka terus mempertahankan skandal terbesar, maka rakyat menunggu di pilihanraya nanti hanya dua (pihak) sahaja (yang akan terlibat dalam) pertembungan iaitu Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH dengan Barisan Nasional," tambahnya.

"Maknanya mana-mana orang yang duduk di tengah-tengah ni, yang tak jelas ni, yang bermain-main kata, sat kata ya, sat kata tidak, sat kata itu, sat kata ini, kita berkata siapa sahaja yang berdiri diantara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, kita menyatakan yang duduk di tengah-tengah itu menyokong Barisan Nasional, habis" tegasnya lagi.

PAS sebelum ini telah menganggap DAP dan AMANAH sebagai musuh mereka tetapi tidak jelas sikap terhadap Barisan Nasional. Banyak tindak-tanduk mereka memaparkan bahawa mereka enggan untuk bersama Pakatan Harapan, namun lebih kepada menyokong Barisan Nasional.

PAS sebelum ini tidak menyokong usaha pembangkang menetnang Bajet 2016.

Presiden PAS juga misalnya baru-baru ini menghalang ahli-ahli PAS terlibat di dalam himpunan Deklarasi Rakyat yang hendak menjatuhkan Najib.

Sebelum dari ini pun Presiden PAS kerap ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu beberapa undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan, Undang-undang GST dan Bajet 2016. Ramai pemerhati politik juga melihat ia sebagai tindakan Presiden PAS untuk tidak dilhat menentang BN.

Pidato malam tadi turut disertai oleh Dato Husam Musa dan YB Azan ismail, DUN Bandar, Terengganu dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Sebelumnya pada sebelah petang satu Majlis Dialog Pakatan Harapan SELAMATKAN MALAYSIA telah diadakan di Hotel Continental, Kuala Terengganu.




Dicatat oleh Green Boc di 11:03 PTG 

No comments:

Post a Comment