Friday, April 1, 2016

Uumm.......patutla bangang!

Edry Faizal: "Gerakan Merah kebudak-budakan"
ASYRAF MUHAMMAD - 1 APRIL 2016
SHAH ALAM - Tindakan Gerakan Merah yang cuba mewujudkan kekecohan ketika ingin menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dianggap seolah-olah seperti kebudak-budakan, kata Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Eddy Yusof.

Menceritakan semula mengenai kejadian tersebut, Edry memaklumkan bahawa pihaknya secara terbuka menerima kehadiran kumpulan tersebut yang pada awalnya memaklumkan ingin menghantar memorandum kepada Guan Eng.

“Namun begitu, saya merasa terkejut apabila kumpulan itu seolah-olah seperti hilang kawalan dan mengamuk malah turut enggan menyerahkan memorandum itu kepada saya sebagai wakil parti atas alasan saya merupakan orang Melayu.

“Selepas itu, mereka mula menjerit dan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan seperti hendak membakar ibu pejabat DAP dan tindakan itu sangat melampau walaupun negara ini mengamalkan sistem kebebasan bersuara,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Semalam, satu kumpulan seramai kira-kira 30 orang dipimpin oleh Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju hadir untuk menghantar memorandum kepada Guan Eng yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang agar mengambil cuti bagi membolehkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung isu pembelian banglo mewah.

Dalam pada itu, Edry memaklumkan bahawa tindakan pihak terbabit seolah-olah seperti cuba mewujudkan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan kepadanya.

“Mereka hadir bukan untuk menyerahkan memorandum namun lebih kepada nak cetuskan provokasi.

“Bila mereka serah memorandum, kami juga turut ambil peluang untuk serah memorandum bagi pihak DAP kepada mereka namun mereka menolak dan merentap kertas terbabit seterusnya memijaknya di hadapan saya,” katanya.

Tambah Edry, berhubung kejadian itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil selepas ini dan pihaknya juga turut bekerjasama bagi memberikan keterangan.

1 comment:

  1. Dedak ooo dedak.
    Pendedak peduli apa
    Asal bley mengkedarah dedak
    Kah kah kah..

    Umngok dan dedak
    Bagai ombak dan pantai
    Kalau dipisahkan irama dan lagu
    Pincanglah ia.
    Umngok dan dedak
    Sudah tak dpt dibezakan lg.
    Tgok umngok tringt dedak
    Tengok dedak teringt umngok.
    Tiada umngok musnahlah dedak
    Tiada dedak pincang dan meroyanlah umngok..

    Pertubuhan pendedak melayu Bersatu..
    Itu psl parti melayu nama omputeh
    Kerana ditubuhkan digedung dedak British..
    Kah kah kah kah kah kah..

    Cer tgok rupa mereka2 neh
    Ali tinju
    Mamat ikan bakar.
    Ayahanda kipidap
    Al maslaani
    Al maliki hasaani
    Kak jatt al kondo nfc
    Ape yg anda terbayang?
    A:Dedak
    B:Ayam berebut dedak
    C:Lembu kedarah dedak
    D:Itik sudu dedak dlm longkang ayaq caq

    ReplyDelete