Sunday, April 24, 2016

Terkilan apa pulak......kan dah dianggap musuh......lagi pun rumah masing-masing?

PRN Sarawak: PAS terkilan PAN letak calon di DUN sama
Oleh Muhammad Asyraf Azlan
SHAH ALAM: PAS melahirkan rasa terkilannya ekoran Parti Amanah Negara (PAN) turut meletakkan calon di lima kerusi yang sama dengan parti itu di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menurut Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee, keadaan ini akan menyebabkan undi pembangkang akan berpecah kepada dua dan ini akan memberikan peluang yang besar kepada Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.

PAS sebelum ini pernah menyatakan supaya PKR, DAP dan PAN untuk tidak meletakkan calon di kawasan DUN yang sama namun perbincangan dengan PKR menemui kegagalan. 

"Mereka hendak bertanding kita tidak dapat halang tapi kita tengok nanti sebanyak mana mereka mampu dapat, yang penting kita sudah buat kerja di kawasan ini (kerusi PAS) sudah lama.

"Kita yakin tapi kami rasa terkilan kerana perkara ini akan memberikan kelebihan kepada BN kerana pecah undi pembangkang aka memberikan peluang besar kepada BN," katanya ketika dihubungi Antarapos.

 PAN dan PAS akan bertanding di lima kerusi yang sama iaitu DUN Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, dan Beting Maro.

Menurut Jofri, tindakan PAN bertanding di kerusi PAS memberi gambaran jelas matlamat sebenar mereka yang ingin menghapuskan PAS.

"Sekarang ini matlamat mereka jelas ingin menghapuskan PAS memang bila kita tengok dalam 'Facebook' mereka kata ingin menguburkan PAS seolah-olah PAS ini bergabung dengan BN.

"Sedangkan tempat yang PAS bertanding memang dengan BN tapi tidak tahu apa matlamat sebenar mereka adakah ada tujuan lain,"ujarnya.

Jofri juga mempersoalkan sebelum ini Pakatan Harapan (PH) pernah memberitahu akan memastikan hanya pertandingan dua penjuru yang berlaku iaitu antara pembangkang dan BN tetapi perkara sebaliknya berlaku.

"Dulu dia kata dia tidak mahu bertembung dengan Parti Islam bila berlaku perkara sekarang ini sudah jelas matlamat mereka sebenarnya.

"Mereka hendak menggantikan PAS bukan semudah menggantikan 'tayar' mereka masih baru tidak sampai setahun kita (PAS) sudah melebihi 60 tahun,"katanya lagi.

PAN mengumumkan 13 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei depan.

Pengarah Pilihan Raya PAN, Dr Hatta Ramli berkata pihaknya tiada masalah untuk berdepan dengan lawan daripada mana-mana parti selain gabungan Pakatan Harapan.

Setakat ini hanya DAP yang masih belum mengumumkan senarai calon mereka.

4 comments:

  1. Pas terkilan?
    Kahkahkah
    Telan la pil kuda dan makjun dedak kasi hilang stress

    ReplyDelete
  2. Masa Pas lawan kawan sendiri pru lepas tak ada suara bantah.sekarang musuh lawan baru nak bising..ape punye belit parti isalam nih..

    ReplyDelete
  3. Parti mabuk dah buka mulut dan yang keluar adalah kenyataan yang bengong. Dulu bila buat blok ketiga dengan Parti Ikatan yang tah berapa kerat ahlinya, berlagak sombong dan berdendam dengan PH terutama dengan Amanah. Tapi sekarang sudah takut dan gentar? Bukankah PAS tak suka menang dan bukankah pengarah Strategi PAS dah cakap BN akan menang besar, maka apa yang dihebohkan tentang Amanah?

    Amanah masuk bertanding untuk melawan BN sedangkan PAS masuk bertanding hanya suka2, maka lebih eloklah PAS jangan masuk bertanding. Lebih baik PAS tumpukan usaha kat Terengganu tu. UMNO dan BN dah kelam-kabut kat sana tapi apa yang PAS buat? Nasihat dan goyang teloq je? Lebih baik PAS tak payah jadi parti politik. Jadi parti tupperware pun lebih baik, boleh buat untung dan boleh selalu buat kutipan derma.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  4. HOI. MANA ADA TAYAR UMUR 60TAHUN?? BUANG LER. AMIK TAYAR BARU (AMANAH). TERKILAN APA? KITA DAH BERPECAH SEJAK MUKTAMAR LEPAS. RUNDINGAN PUN TIADA. HANG MIMPI KER? NOW 7 PENJURU PON LAWAN LER. BIAR RAKYAT PILIH. PAS KATA DIA KUAT BILA SENDIRI. KAHKAHKAH

    ReplyDelete