Rahsia besar MB Terengganu dalam tangan Ahmad Said
5.4.2016
KEMAMAN – Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada jawatan menteri besar.
Ahmad berkata, beliau menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja tuanku pulang dari luar negara untuk meminta (perkenan) pertukaran menteri besar.
“Jangan sampai tuanku isytihar bubar Dun, (kalau terjadi macam itu) habis lah. Keadaan sekarang Umno kritikal, kalau (dilakukan) pilihan raya habislah (Umno berisiko kalah), jangan main-main.
“Jangan salahkan saya, saya telah beri ruang yang cukup, saya sayangkan Terengganu...apa yang dia (Ahmad Razif) buat semua saya tahu. Tunggu masa saya akan dedahkan, saya akan dedahkan perkara yang besar-besar yang pada saya ia merugikan kerajaan negeri dan rakyat,” katanya menyentuh mengenai sebab beliau menggesa pertukaran menteri besar.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Kemaman Kali Ke-36, di Resorts World Kijal, di sini, semalam.
Bekas menteri besar itu mendakwa, Ahmad Razif juga merupakan salah seorang dalang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sebagai menteri besar sebelum ini.
“Saya ‘gentleman’, saya buat depan orang ramai (cadang usul undi tidak percaya)...marah dalam dewan, yang dia buat (pada) saya? Saya tak nak cerita lagi tapi saya cerita sikit, dia (beliau) yang terlibat menjatuhkan saya.
“Tapi ingat, Insya-ALLAH dengan kehendak ALLAH SWT, saya rasa menteri besar sekarang sedang menghitung hari. Apa yang jadi halangan sekarang kepada saya adalah Umno, kalau saya tak fikir Umno, hari itu (masa letak jawatan sebagai menteri besar) saya dah keluar kerajaan. Sebab itu (sayangkan Umno) saya (masih) tunggu,” katanya.
Menurutnya, kerana sayangkan parti, beliau tidak menghadap sultan untuk meminta pembubaran Dun dilakukan sebelum meletak jawatan sebagai menteri besar, dua tahun lalu.
“Kalau saya jahat tak sayangkan parti, dalam kedudukan 17 kerusi BN dan 15 pembangkang (dalam Dun Terengganu), saya cuma perlu menghadap tuanku dan beritahu
bahawa 10 orang (Adun BN) sudah tandatangan surat letak jawatan dan minta Dun dibubarkan.
“Kalau bubar Dun dalam keadaan sekarang ini iaitu dengan kes 1MDB dan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kita (BN) boleh kalah. Saya sayang (khuatir) yang itu saja, takut DAP perintah, kalau Pas, PKR tak apa lagi. Sekarang DAP yang berkuasa,” katanya.
Pada Persidangan Dun pada 8 Mac lalu, Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar namun cadangan itu ditolak Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong - sumber

Politik teganung, politik nasik dagang kuoh lebeh, politik ccandak sotong, politik rutohh; Mat Said kemamang nok pereboh Mat Rozif, dohh sape pulok nok jadi MB, nok harap ke Mat Satiful parti islang, dok payoh la weh, sumer nyer hok ada kat dewang dok rok ccetong, kalu bubar dewang belom tentu parti barisang sonal kaloh. yang penting Mat Said kene peco rahsia.. pecoh pecoh pecohhh Mat, jangang dok pecohhh
ReplyDeletePok Mang teganung
La baru le aku tau yang sekarang ni parti yang berkuasa ialah DAP! Maknanya yang membuatkan ekonomi negara serta maruah negara tergadai dengan menubuhkan syarikat "tak guna lagi tak strategik" iaitu 1MDB adalah DAP! Malah DAP juga lah yang dah membuat hutang negara meningkat sehinga 700 billon dalam masa hanya 6 tahun berbanding sebelumnya hanyalah 300 billion!
ReplyDeleteAgaka2nya DAP jugalah yang dah menzalimi rakyat dengan memperkenalkan cukai zalim "makan keliling" iaitu GST yang mana peminta sedekah pun kena bayar cukai apatah lagi orang2 melayu yang majoritinya penerima BR1M.
Sudah tentu yang menyebabkan peneroka2 felda mendapat runtuhan hutang akibat saham FGV jatuh menjunam adalah DAP gak! DAP gak yang dah menyapu dan merembat royalti2 minyak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Terengganu dan Kelantan? DAP gak yang dah menyebabkan MAS rugi berbillion2 apabila perkhidmatan2 sampingan MAS yang menguntungkan sudah difaraidkan kepada pembesar2 UMNO? DAP gak yang telah membelanjakan ratusan juta Dolar Australia untuk membeli pangsapuri kat negara Kangaroo itu yang sepatutya hanya berharga puluhan juta?
Begitu jugak agaknya, pengikut2 DAP yang telah membalun duit 100 juta dari KBS? DAP gak yang berkuasa sehingga duit tabung haji digunakan untuk menyelamatkan syarikat sasau 1MDB? DAP gak yang mempunyai pemimpin tertingginya mendapat derma berbilion yang masuk dalam akaun peribadinya dan dia tak tau ada duit berbillion dalam akaunnya walaupun dah berbelanja berjuta2?
CIS! Lahanat dan mungkarnya DAP ni!!! Marilah kita orang melayu bersatu demi menegakkan kemungkaran dan membenamkan kebenaran seperti kata Tuang Presideng PAS! Eh, adakah aku juga dah mereng macam Tuang Presideng UMNO dan PAS??? Apa2 pun next PRU kita ABU and say "No to PASIKatan"!
Nick.
Cape Tiger.
Mula-mula minat juga nak baca apa Mat Said ni nak cakap...tiba-tiba sampai ke penghujung dia merapu sakan....berapa kerusi DAP pegang di Tengganu sekarang ni? Ada 15 kerusi ka yang Mat Said ni takut sangat. Patutlah masih setia dalam UMNO sebab BANGANG!
ReplyDeleteRupanya Mad Said pun takutkan 'Hantu Cina'!
ReplyDeleteCINA DAP PULOK. HAHAHAHA. BANGANG MAD SAID
Mmg merapu mad said ni..tganu tak akn diperintah dap..kalo pmbgkang menang pun Sultan lantik melayu gak jd MB..yg pnting ketuanan melayu..selagi kuasa sultan masih ada insyaallah 1000 tahun lg pun melayu tetap kekal jadi tuan di negeri bersultan..ni yg aku respect dgn pemimpin melayu trdahulu mereka buat negara sistem raja berperlembagaan..melayu tetap no 1..agung melayu..mb melayu..pm melayu..ketua atm agung..soal ekonomi ni melayu kena berusaha Lagi..melayu kena rajin tolong melayu..bg mereka peluang,modal, ilmu..walaupun mereka niaga makanan tapi sebenrnya merekalah pesaing trhadap kfc dan plbagai makanan asing..walau niaga minuman tapi mereka yg beratus ratus inilah pesaing utama company besar mcm coca cola..kalau mereka tak ada betmbh kaya lah company asing ini ..ayuh kita beniaga..walau pun kecil kecilan tapi jumlah kita yg byk akn buat company besar tersepit..
ReplyDelete