Peruntukan RM400j: Kelantan perlu bersikap jujur
ROSMIZA KASIM - 6 APRIL 2016
Pengerusi Gerakan Hijrah Kelantan, Kamarudin Kasim, mendakwa, pihaknya melihat kerajaan negeri tidak memaklumkan tentang peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada umum, bahkan hanya memperbesarkan isu Kelantan dianaktirikan.
Menurutnya, tindakan memperbesarkan isu Kelantan dianaktirikan adalah dangkal dan tidak sepatutnya kerana ia seperti cuba menafikan sumbangan kerajaan persekutuan kepada kerajaan Kelantan setiap tahun.
“Inilah yang tertanam di dalam jiwa penyokong mereka, yang melihat kerajaan pusat tidak berlaku adil. Sedangkan pelbagai bantuan diberikan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Pas tanya mana pergi peruntukan RM400j]
“Dengan peruntukan ini, Kerajaan Kelantan dapat menyelesaikan banyak perkara termasuklah kekurangan dalam akaun mengurus yang sebahagian besar digunakan untuk bayaran gaji kakitangan kerajaan negeri,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang mahukan perincian dilakukan mengenai peruntukan itu, Kamarudin menyifatkan beliau tidak tahu apa-apa mengenai pendapatan dan perbelanjaan kerajaan negeri.
Sepatutnya, beliau mengetahui segala perincian mengenai peruntukan itu kerana bantuan kewangan dari kerajaan persekutuan adalah setiap tahun dan Kelantan antara negeri tertinggi menerimanya.
Pada masa sama, Kamaruddin juga mahukan kerajaan negeri menjelaskan, adakah wang tersebut betul-betul dibelanjakan kepada perkara yang dinyatakan, sebagai contoh RM192 juta untuk penyelenggaraan jalan negeri dan lain-lain.
Katanya, ini kerana rakyat melihat keadaan jalan negeri tidak diselenggarakan dengan baik, malah ada sesetengah jalan negeri dilihat seperti tidak dibaiki.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan pusat memperuntukkan RM400 juta kepada Kelantan dan antara negeri tertinggi menerimanya daripada kerajaan.
Itu tidak termasuk peruntukan kepada agensi-agensi negeri, wang ihsan dan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia ke-11.
ROSMIZA KASIM - 6 APRIL 2016
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan diminta bersikap jujur dan mengisytiharkan kepada rakyat secara terperinci mengenai apa sahaja disalurkan kerajaan pusat termasuk peruntukan RM400 juta, tahun lalu.
Pengerusi Gerakan Hijrah Kelantan, Kamarudin Kasim, mendakwa, pihaknya melihat kerajaan negeri tidak memaklumkan tentang peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada umum, bahkan hanya memperbesarkan isu Kelantan dianaktirikan.
Menurutnya, tindakan memperbesarkan isu Kelantan dianaktirikan adalah dangkal dan tidak sepatutnya kerana ia seperti cuba menafikan sumbangan kerajaan persekutuan kepada kerajaan Kelantan setiap tahun.
“Inilah yang tertanam di dalam jiwa penyokong mereka, yang melihat kerajaan pusat tidak berlaku adil. Sedangkan pelbagai bantuan diberikan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Pas tanya mana pergi peruntukan RM400j]
“Dengan peruntukan ini, Kerajaan Kelantan dapat menyelesaikan banyak perkara termasuklah kekurangan dalam akaun mengurus yang sebahagian besar digunakan untuk bayaran gaji kakitangan kerajaan negeri,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang mahukan perincian dilakukan mengenai peruntukan itu, Kamarudin menyifatkan beliau tidak tahu apa-apa mengenai pendapatan dan perbelanjaan kerajaan negeri.
Sepatutnya, beliau mengetahui segala perincian mengenai peruntukan itu kerana bantuan kewangan dari kerajaan persekutuan adalah setiap tahun dan Kelantan antara negeri tertinggi menerimanya.
Pada masa sama, Kamaruddin juga mahukan kerajaan negeri menjelaskan, adakah wang tersebut betul-betul dibelanjakan kepada perkara yang dinyatakan, sebagai contoh RM192 juta untuk penyelenggaraan jalan negeri dan lain-lain.
Katanya, ini kerana rakyat melihat keadaan jalan negeri tidak diselenggarakan dengan baik, malah ada sesetengah jalan negeri dilihat seperti tidak dibaiki.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan pusat memperuntukkan RM400 juta kepada Kelantan dan antara negeri tertinggi menerimanya daripada kerajaan.
Itu tidak termasuk peruntukan kepada agensi-agensi negeri, wang ihsan dan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia ke-11.
400juta???
ReplyDeletePakat selit dalam jubah dan serban sorang sikit..
Kahkahkah
Mana ada datang dari kerajaan pusat! Duit 400 juta tu semua duit derma yang berjaya PAS kutip dalam tin2 derma yang diedarkan masa ceramah2 dan perhimpunan2 "gergasi" PAS! Maka bila duit2 tu adalah duit derma maka terpulanglah pada pimpinan PAS nak pakai ke, nak simpan ke atau nak bawak pi joli ke! Ye lah macam yang Najib buat dengan duit derma yang dia dapat dari negeri arab yang sampai sekarang masih lagi tak tahu siapa orang yang derma walaupun namanya dah kuar!
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.