Wednesday, April 27, 2016

Pertembungan PAS - Amanah PRU14: Alaa......apa nak kepoh.....kan Amanah hanya parti serpihan dan takkan bertahan dua tahun pun!

PRU14: PAS ramal bertembung AMANAH di kerusi sama

 | April 27, 2016
Tindakan AMANAH meletakkan calonnya di kawasan PAS bertanding pada PRN Sarawak merupakan petanda awal perkara sama akan berulang pada PRU14.
nik-mohamad_amanah_pas_600
PETALING JAYA: Tindakan Parti Amanah Negara (AMANAH) meletakkan calonnya di kawasan PAS bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak merupakan petanda awal perkara sama bakal berulang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu sudah menjangkakan perkara berkenaan, kerana yakin isu pertindihan kerusi tidak akan berlaku kepada AMANAH, DAP dan PKR.
“Kita sudah tahu AMANAH akan meletakkan calon di tempat PAS bertanding. Ia adalah gambaran awal untuk berhadapan dengan pilihan raya akan datang bahawa AMANAH akan bertanding di kawasan-kawasan PAS,” ujarnya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Tambahnya, sikap PKR dan DAP yang sukar melepaskan kerusi ditandingi kedua-dua parti itu pada PRN Sarawak adalah petanda AMANAH tidak mempunyai pilihan, selain bertanding di kawasan PAS.
“PAN tidak akan bertembung dengan parti dalam Pakatan Harapan, kerana mereka tidak akan beri kerusi (merujuk pertembungan kerusi DAP dan PKR). Ia menjadi petanda bahawa tidak mudah untuk DAP dan PKR beri kerusi kepada AMANAH,” ujar beliau lagi.
Calon AMANAH dan PAS akan bertembung di lima kerusi sama, iaitu di Dewan Undangan Negeri Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, parti itu sudah bersiap sedia dengan tindakan AMANAH meletakkan calon di kawasan PAS bertanding.
“Walaupun ada pertembungan dengan PAN, tapi kita tidak anggap ia sebagai isu besar,” katanya.

6 comments:

  1. Pan menyebabkan undi pecah dan sekaligus bagi kemudahan pd bn..dan lebih parah lagi mereka telah cemarkan islam demi kejar jawatan..smg mereka bertaubat kpd allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape dosa yg dorg buat spai kene btaubat..sape yg tentu kan dorg tu brdosa..ade kah dosa pahala tu kerja org,ulama PAS atau
      ALLAH SWT..

      Delete
  2. Penyokong pas.sepatutnya bertaubat
    Syirik terang terangan kerana puja manusia bernama.hadi marang
    Presiden amanat sesat

    ReplyDelete
  3. La.... kan PAS bertanding tak nak menang. Cuma nak keredhaan Allah saja. Kenapa soal pulak. Jadi jer lah penasihat tanpa perlu menang pilihanraya

    ReplyDelete
  4. Semoga PAS dan UMNO sama2 dihumbankan rakyat kedalam tong sampah sejarah. Kedua2 parti tu adalah "damaged goods", barang rosak dan lusuh. PAS dan UMNO, dua2 dah tak boleh dibaiki sebab sudah dipenuhi dengan walaun2 dan macai2 jahil yang membelakangkan agama dan moral demi menjaga kepentigan pemimpin yang korup. Maka, Amanah yang memang berusaha untuk menjatuhkan kemungkaran dan menegakkan keadilan sudah semestinya akan bertanding melawan UMNO dan PAS!

    Jadi apa masalahnya? PAS bukannya nak menentang UMNO dan najib! PAS malah menghantar surat tunjuk sebab kepada 2 ahli mereka yang hadiri "deklarasi rakyat". Adakah PAS anggap menentang kemungkaran Najib tu adalah bukan amalan Islam dan bukan "urusan" PAS? PAS nak nasihat sahaja UMNO yang dah korup tanpa menentang? Duduk berkecuali dalam parlimen "goyang teloq" tapi mendabik dada berjuang demi Islam dan bangsa?

    Lain kali tak payah datang parlimen kalau nak makan elaun tanpa buat kerja. Atau yang lebih baik lagi, jangan masuk bertanding dalam PRU nanti. Jadi NGO ke, parti tupperware ke, parti kutip derma ke, rakyat tak akan kisah. Yang rakyat marah, PAS dok menyebuk dalam PRU dengan niat nak pecahkan undi Pakatan pastu tolong UMNO yang korup tu kekal berkuasa (dedak akan terus dinikmati dulu, kini dan selamanya). Bukankah itu tujuan PAS dibawah pimpinan serban besar? Walaupun Dr Zuhdi tak ishtihar, rakyat dapat baca perancangan huduh (bukan hudud) dia tu!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. Betul ke ahli PAN cemarkan agama demi kejar jawatan...?? Yang buat tuduhan ni yg kena bertaubat..Kalau U ni ahli PAS, menunjukkn ahli nya tidak ISLAMIK dalam akhlaknya yg menyebabkn org lari dari PAS dan ianya juga mmbawa fitnah pd. agama..

    ReplyDelete