Sunday, April 17, 2016

Nurhanim Hanna Mokhsen (PKR) untuk kerusi DUN Tupong

Assalamualaikum
Nurhanim Hanna Mokhsen (PKR) untuk kerusi DUN Tupong
Nurhanim Hanna Mokhsen yang akan bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat " Pkr ".....tidak gentar untuk berhadapan dengan muka baru daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB Fazruddin Abdul Rahman...

Menurut beliau yang merupakan calon wanita pertama d kerusi itu....meskipun peluang Pkr untuk merampas kerusi Dun Tupong....daripada parti tulang belakang parti Bn Sarawak adalah 50 ~ 50 namun "  tidak mustahil " untuk menang

Berdasarkan data yang kami perolehi....kerusi Tupong merupakan satu kerusi kuat PBB....ia sukar  untuk d menangi tetapi ia juga tidak mustahil....katanya kepada Utusan Borneo.....Nurhanim berkata....kekuatan pasukan Pkr d Tupong adalah pihaknya telah lama turun padang....dan penduduk sekitar mengenali mereka

Kami selalu berada  d lapangan berjumpa rakyat.....bukan pada musim pilihanraya sahaja.....tetapi Pkr sentiasa menyantuni rakyat tanpa mengira masa dan waktu....rakyat mudah berbicara mengenai isu setempat....dan kami juga telah banyak membantu menyelesaikan masalah penduduk Tupong....dakwanya

Beliau menjelaskan.....setiap calon Pkr yang bertanding harus mengikuti Indeks Prestasi Utama Kpi dntetapkan parti.....dan ia amat membantu dari segi persiapan pilihanraya....beliau turut percaya kehadirannya sebagai calon wanita pertama.....bertanding d kerusi Dun itu adalah salah satu kekuatannya

Ini sedikit sebanyak akan menarik pengundi wanita untuk memberi sokongan....katanya yang merupakan  ahli majlis pimpinan wanita pusat Keadilan dan bendahari Pkr  cabang Petra Jaya

Nurhanim 45 yang merupakan lulusan Univ South Australia " Hospitaliti dan Pelancongan "....kini menguruskan perniagaan keluarga.....Fazruddin yang merupakan Setiausaha Politik Menteri Kerjaraya DS Fadillah Yusof....d umumkan oleh KM TS Adenan Satem sebagai  calon Tupong.....bagi menggantikan  Datuk Daud Abdul Rahman yang mahu bersara daripada politik

Menteri muda " Hal Ehwal Islam " itu telah menyandang kerusi Dun Tupong selama 5 penggal.....iaitu sejak PRN 1991.....pada PRN 2011 Daud menang dengan majoriti 4551.....apabila menewaskan Baharuddin Shah Mokhsen.....daripada Pkr dalam pertandingan satu lawan satu

Daud memperolehi 8304 undi berbanding Baharuddin 3753....d kawasan yang mempunyai pengundi seramai  17796 orang itu

#Nurhanim Hanna Mokhsen for Tupong Sarawak

Agik Idup Agik Ngelaban Pkr
suara rakyat suara keramat
#REFORMASI !

Layar  Impian 2.13am

No comments:

Post a Comment