Thursday, April 14, 2016

Mungkinkah Hamidah menjadi anak sulung PAS ke DUN Sarawak?

Pilihan Raya Sarawak Cik Hamidah boleh buat kejutan di Beting Maro?
Posted on Thursday, April 14 @ 11:04:51 MYT by paktam
SINARAN lampu memercik ke mukanya, dari putih menjadi merah, sambil suaranya sedikit perlahan pada mula bicara.

Nama Cik Hamidah Mokhtar, 26, (gambar) semakin rapat ke telinga setiap yang ada di dewan utama Hotel Kemena, satu-satunya calon wanita mewakili PAS dan masing bujang. Bila sahaja namanya diumum sebagai calon Muslimat PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro, laungan takbir bergema lebih kuat melingkari ruang dewan yang sesak dengan penyokong.

Berbaju kuning dengan tudung sedondon, berkacamata, Hamidah melangkah naik ke pentas bersama 10 lagi calon ‘gagah perkasa’. Ketika lensa kamera memenuhi ruang atas pentas, beliau sedikit gamam lantas beberapa pemberita menghampirinya, membuatkan Hamidah menjadi tumpuan.

Bukan hanya kerana beliau satu-satunya calon wanita, namun selebihnya kerusi yang ditandingi iaitu Beting Maro cukup sinonim dengan PAS. PAS tidak pernah sekalipun gagal bertanding di Dun berkenaan sejak tahun 2001 menyertai PRN Sarawak.

Peningkatan jumlah undi semakin menarik perhatian.

Pada awalnya kalah dengan majoriti besar, hingga PRN ke-9 PAS mengurangkan majoriti kepada 800 undi dan pada PRN10, PAS hampir menewaskan calon BN, Raizali Gappur dengan hanya kalah tipis antara 300 undi sahaja.

Harapan yang besar diletak kepada Hamidah untuk memberi kejayaan pertama kepada PAS. Jentera Muslimat PAS Pusat sendiri akan menumpukan kempen di kawasan tersebut, dan sejak beberapa bulan lalu kawasan ini tidak sunyi dari program yang dijana PAS.

Kelibat Hamidah bisa sahaja mendapat tempat apatah lagi kawasan itu juga memiliki majoriti pengundi wanita melebihi 50 peratus.

Bak kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, kejayaan boleh ditempa dengan arus sokongan yang cukup baik kepada Hamidah ketika ini.

Andai komitmen berterusan oleh pengundi di sini kekal hingga ke saat akhir pembuangan undi, maka Hamidah bisa sahaja menjadi anak sulung PAS ke Dewan Undangan Negeri Sarawak, dan boleh sahaja mengiringi calon lain turut serta andai gelombangnya memecah benteng ‘kukuh’ PBB-BN di sini selama ini.

Kelibat Hamidah bakal menjadi taruhan. Graduan Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan Universiti Teknologi Petronas ini akan sekali lagi menjadi tumpuan, kemungkinan pertandingan tiga atau empat penjuru di Beting Maro akan berlaku.

4 comments:

  1. Pas
    Sori la bro
    Parti amanat songsang
    Hadi marang

    ReplyDelete
  2. PAS nak buat apa bertanding kat Sarawak? Nak jadi penasihat? Nak jadi tukang hentam PH? Nak jadi kacau daun? Tapi apa yang jelas, cerita2 tentang hudud ke, Islam ke, semua dah diletakkan dibawah bontot pak2 lebai tu semua. Kerana apa? Kerana nak menang satu kerusi DUN kat Sarawak je! Tu yang sanggup letak calon kristian yang diaorang heboh2kan beragenda nak kristiankan semua orang melayu!

    Walaubagaimanapun putarbelit serta konar baring PAS ni tak pelik langsung sebab PAS bukannya nak hudud pun. Hudud tu cerita dan sembang kosong aje. Hanya nak perdaya orang melayu supaya undi mereka. Sekarang ni bukankah cerita nak perang dengan UMNO dan nak terus memperjuangkan Hudud dah senyap? Sekarang ni dah sibuk canang bahawa tanggungjawab PAS tentang hudud dah selesai pastu lepas tangan atas usaha mereka yang "sambil lewa dan tak guna otak lagi bodoh alang". Sekarang ni senang2 je tuduh rakyat pulak yang bertanggungjawab laksana hudud.

    PAS kononnya dah dah free dari isu hudud, so dengan sebab tu yang depa mudah je cakap hudud tu boleh tangguh. Semua kerana nak buat pakatan dengan Parti Ikatan (huh? parti Ikatan?) yang rakyat pun tak tahu sapa ahli dan sapa pemimpinnya (yang mungkin orang tu ahli dan orang tu jugalah pemimpinnya). PAS ni jelas parti cap tupperware, all for business and in business, everything goes! Atau dalam bahasa pasar, asalkan duit masuk, semua halal!!!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. ADOI COMEL NYER HAMIDAH NI. BIJAK PULAK. WA RASA NAK BERBINI DGN DIA. HAHAHAHA

    ReplyDelete
  4. Hebat..hamidah. Allah bersamamu.. dan kami juga menyokong perjuanganmu.., walaupun tak dpt bersama berkempen kali ni... ini kalilah ...obulih tukou boh!!!

    ReplyDelete