Tuesday, April 12, 2016

Mengapa PAS merayu?

MENGAPA PAS MESTI MERAYU KEPADA PH..?

Bukankah selepas pengumuman calon Pas PRN Sarawak oleh Presiden Pas ketika bersoal jawab dengan wartawan, Hj Hadi menyebut Amanah bukan saingan Pas.

Lebih mengharukan apabila beliau turut menyatakan Amanah khadam DAP. Ini menunjukkan Hj Hadi memandang rendah keupayaan Amanah yang di lihatnya seolah-olah tiada kemampuan.

Jadi apa perlu Pas Sarawak memohon laluan kepada PH. Hj Hadi juga pernah menjelaskan, Pas hanya ingin menjadi penasihat kepada kerajaan negeri Sarawak. Apa keperluan untuk Pas menang jika sekadar ingin menjadi penasihat.? Menang pilihanraya bukan keutamaan Pas.

Kepada Pas Sarawak tidak perlulah bersusah payah menghadapi Pilihanraya jika hala tuju parti kamu hanya sekadar memenuhi kalendar sebagai penasihat. Sebagai penasihat sebenarnya tidak perlu menyertai pilihanraya, memadai dengan hanya menjadi pemerhati.

Mungkin juga Pas kini sudah merenung kehilangan deposit apabila bertembung 3 penjuru. Siapa pula yang Pas akan salahkan.? Amanah.? Presiden Pas pernah menghalau mereka supaya keluar parti dengan menubuhkan parti lain yang ditakrifkan sebagai jaminan pembersihan etnik dalaman.

Salahkan DAP.? Bukankah Pas telah memutuskan hubungan Tahaluf Siyasi dengan DAP ketika Muktamar ke 61, 2015. Jadi Pas dan DAP bukan lagi sahabat di dalam suatu komponen yang sama. Kini sudah halal pertemuan demokrasi di gelanggang pembuangan undi.

Jika ada keperluan untuk berbincang hanyalah dengan PKR, itu pun tidak semudah itu untuk diberikan laluan kerana kerusi yang ingin ditandingi Pas sudah di maklumi sebelum ini ialah kerusi PKR. Pas yang sengaja cari pasal berebut kerusi dengan PKR meskipun telah diketahui kerusi tersebut milik PKR.

Siapa sebenarnya yang nak di salahkan.? Renung diri sendiri dan fikir sejenak. Pas sepatutnya bermuhasabah di mana letak duduknya mereka di pentas Nasional setelah pelbagai kenyataan di keluarkan. Terlajak kata binasa padahnya.

Admin
~#UAA_SUPPORTERS

No comments:

Post a Comment