Tuesday, April 12, 2016

Memang POYOlah: Wow.........besar dan kuatnya pengaruh PAS!

Pas jadi 'king maker', reda ketegangan politik negara
Wartawan Sinar Harian - 12 April 2016
KUALA KRAU – Pas kini menjadi ‘king maker’ dalam percaturan politik tanah air selepas kekalutan yang melanda semua parti politik di Malaysia ketika ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, disebabkan kekalutan itu tumpuan beralih kepada peranan Pas sebagai tunggak utama dalam blok bukan kerajaan.

Menurutnya, ketegasan Pas berpegang kepada prinsip Islam berjaya menarik sokongan kalangan rakyat untuk melihat Pas sebagai alternatif tatkala Umno bukan lagi menjadi parti harapan rakyat khususnya orang Melayu dan masyarakat Islam yang lain.

“Kejayaan Pas mengemukakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) sedikit sebanyak meredakan ketegangan suhu politik negara serta tanggapan negatif masyarakat luar terhadap Pas,” katanya dalam Mesyuarat Agung Pas ke-30 di Kompleks Pas Pahang minggu lalu.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krau berkata, anjakan paradigma tersebut diharap menambah sokongan golongan atas pagar dan ahli Umno agar kembali bersama memperjuangkan Islam sebagai wadah politik negara.

“Wujudnya parti serpihan Pas tidak melemahkan sokongan kepada parti, sebaliknya perlu dilihat sebagai satu cabaran bagi meneliti kelemahan dalaman.

“Jadi wajar diperkasakan usrah kepimpinan, tamrin di semua marhalah parti di samping lujnah tarbiyah dan dakwah juga perlu merangka program pengukuhan ukhuwah di kalangan pimpinan dan ahli,” katanya.

2 comments:

  1. PAS ni pun berangan2 macam Hindraf dulu. Dulu Hindraf berfantasi bahawa semua rakyat berbangsa India akan meyokong mereka dan mereka (hindraf) akan mempunyai kuasa untuk menjadi "king maker" dalam menentukan parti politik mana yang bakal menjadi kerajaan. Tapi sejarah telah membuktikan bahawa Hindraf hanya mengigau dan cita2 mereka tu terkubur. PAS pada hari ni juga berangan bahawa umat Islam kat Malaysia ni semuanya menyokong PAS dan PAS berangan2 dengan sokongan itu ia boleh menjadi penentu kepada untung nasib politik Malaysia. Dan seperti Hindraf juga PAS pun mengigau sambil meleleh air liur basi berangan2 bahawa merekalah penentu politik Malaysia.

    Umum tahu bahawa sokongan umat Islam kepada PAS sudah mula merundum apabila pimpinan2 PAS mula menunjukkan muka perkauman sebenar mereka dan dengan terbongkarnya penipuan tentang akta 355 dan hudud, umat Islam semakin meluat dan jijik dengan puak2 serban yang hipokrit itu. Biarkan sahaja PAS dengan angan2 dan igauan mereka itu. Kalau demo dan ceramah mereka pun sudah tidak lagi di hadiri oleh rakyat apakah logik, PAS akan mendapat undi rakyat dalam PRU akan datang? Setakat cakap besar serta sembang kosong dari pimpinan PAS, rakyat tak mudah percaya ataupun tertipu dengan lakonan "alim serta suci" puak2 hipkrit ni. Buang masa je layan lebai2 yang otak singkat ni.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete