Saturday, April 2, 2016

Memang padan dengan gelaran Juara menunggu dari dulu hingga kini......

Ku Li terus menunggu dan menunggu…
30 Mac 2016 oleh Lim Lip Eng
Mujurlah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak ikut serta menandatangani Deklarasi Rakyat untuk Selamatkan Malaysia pada 4 Mac lalu, bersama para pemimpin organisasi masyarakat serta parti-parti politik.

Jenuh juga kalau selepas beliau menurunkan tandatangan ke atas Deklarasi Rakyat itu namun kemudiannya mendakwa bahawa ia hanyalah seperti menandatangani buku kedatangan, sebagai gimik politik semata-mata.

Media yang diberi makan oleh UMNO termasuk TV3, Utusan Malaysia dan RTM pastinya akan mempunyai peluru untuk menyerang Deklarasi Rakyat bersama-sama pemimpin utama muafakat tersebut termasuklah Lim Kit Siang, Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti-parti pembangkang setiap hari sehingga musim pilihanraya.

Apa jenis standard tanggungjawab politik yang dimiliki Ku Li, sebagai ahli parlimen yang paling lama berkhidmat, sekiranya beliau sanggup menandatangani suatu deklarasi di hadapan media, tetapi kemudiannya menganggap ia satu gimik semata-mata?

Semalam, Ku Li menafikan sebarang pengetahuan tentang kenyataan bersumpah menyokong beliau sebagai perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak. Adakah esok beliau akan mendakwa bahawa kenyataan bersumpah itu juga satu lagi gimik politik?

Saya tidak pasti kalau pucuk pimpinan PAS masih berahi mahu Ku Li menjadi calon Perdana Menteri selepas sikap yang ditonjolkannya ini. Ya, kita masih ingat bagaimana PAS begitu bersungguh mengenepikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM, dan sebaliknya memilih pemimpin yang bersikap seperti lalang ditiup angin ini.

Di saat negara sedang dilanda krisis kepimpinan dan ekonomi, Ku Li masih boleh bermain-main dengan gimik dan deklarasi. Orang ramai sewajarnya terus memekakkan telinga dan tidak lagi peduli dengan kenyataannya pada masa akan datang.

Ku Li memang selayaknya terus menjadi ‘perdana menteri menunggu (prime minister in waiting)’, dan terus menunggu serta berharap sampai bila-bila. – Roketkini.com

*Penulis adalah Ahli Parlimen Segambut

# harapkan PAS........bodoh nak mamposs!

No comments:

Post a Comment