Kenyataan Media.
USAH BIMBANG DENGAN KEHADIRAN DR ZAKIR NAIK.
1. Pembatalan Forum Dr Zakir Naik di UTem oleh pihak PDRM adalah satu insiden yang memalukan rakyat Malaysia. Saya hairan bagaimana pihak Polis boleh membatalkan program Dr Zakir Naik di UTem dengan hanya kerana bantahan daripada segelintir penganut Hindu. Sedangkan Dr Zakir sendiri hidup dan bergerak aktif dalam dunia Dakwah di India yang kerajaan dan majoroti rakyatnya beragama hindu. Beliau adalah Presiden Islamic Research Foundation (IRF) yang memiliki siaran Peace Tv di Mumbai India dan sepatutnya Polis memastikan keselamatan program berjalan lancar bukannya membatalkan kebenaran program.
2. Kepada masyarakat Malaysia seharusnya memahami sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik dan agama, maka sewajarnya pelbagai isu dan perbezaan ditangani dengan ilmiah berdasarkan hujah dan suasana.
3. Adalah menghairankan penganut agama-agama yang ada di Malaysia tidak meyakini akan agama yang mereka anuti lalu khuatir akan pandangan-pandangan serta persoalan akan agama mereka dicambahkan oleh individu tertentu.
4. Seseorang itu beragama atas dasar keyakinan diri mereka ke atas ajaran agama yang dianuti. Adalah suatu yang sihat dalam kita menjadikan diskusi agama sebagai medan perpaduan rakyat. Kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama, saya mengingat anda semua jadikanlah pengalaman kita hidup di Malaysia dengan pelbagai perbezaan warna kulit dan anutan agama untuk kita hadapi kehadiran Dr Zakir secara lebih berjiwa besar bersama hujah ilmu bukannya dengan ketakutan yang mempamirkan kebodohan.
JANGAN "SATAN"KAN DR ZAKIR NAIK
5. Saya merasa amat pelik apabila YB TKM Pulau Pinang Prof. Dr Ramasamy mengeluarkan perkataan 'Satan' terhadap Dr Zakir Naik. Sebagai seorang bekas professor yang berpendidikan tinggi serta sebagai pemimpin negeri yang memimpin rakyat berbilang agama, ungkapan beliau terhadap Dr Zakir adalah suatu yang sangat memalukan dalam budaya orang berilmu dan dunia intelektual. Demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang agama, saya mengharap YB Prof Dr Ramasamy yang menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri di negeri masyarakat berbilang kaum dan agama berjiwa besar untuk menarik balik perkataan "satan" dan memohon maaf kepada Dr Zakir.
6. Saya juga hairan apabila ASWAJA yang turut memperlihatkan sikap yang tidak senang dengan kunjungan Dr Zakir Naik ke Malaysia dengan alasan beliau berfahaman wahabi. Sebagai pertubuhan Islam sikap dan tindakan ASWAJA telah memberikan gambaran yang tidak baik kepada dunia Dakwah dan menimbulkan kebimbangan dan kerisauan kepada masyarakat Islam sendiri. Tindakan ASWAJA turut menjadi hujah kepada orang bukan Islam dalam melihat dunia Dakwah dengan persepsi yang negatif.
7. Saya mengharapkan pihak KDN dan Polis untuk pertimbangkan kebenaran untuk memberikan laluan kepada penganjur meneruskan program yang telah dirancang walaupun berubah tempat. Saya juga mengharapkan Polis memberi kawalan dan jaminan keselamatan kepada Dr Zakir dan rambongan sepanjang mereka berada di Malaysia.
SELAMATKAN MALAYSIA AGENDA BESAR KITA.
8. Saya menyeru Kepada masyarakat Malaysia yang berbagai-bagai etnik dan agama untuk terus mempertahankan keharmanian perhubungan antara kaum dan agama. Jauhi sifat meragui antara satu sama lain untuk melihat ke hadapan Malaysia yang lebih mencabar dengan isu penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah yang sudah menjadi makanan harian pemimpin negara. Malaysia yang berdepan dengan urustadbir yang pincang, PM yang gagal, hutang 1MDB RM50 bilion dengan faedah sebanyak RM3.3 bilion, derita hidup akibat GST dan rakyat menangung beban kos sara hidup yang tinggi perlu ditangani dengan perpaduan serta kesatuan untuk mengangkat kuasa rakyat menuntut pengunduran Najib sebagai PM serta reformasi institusi-institusi penting negara demi untuk rakyat dan Malaysia tercinta. Jadikan "SELAMATKAN MALAYASIA AGENDA BESAR KITA".
#UndurNajib
#ReformNegara
#SelamatkanMalaysia
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
12 April 2016/4Rejab 1437H.

No comments:
Post a Comment