KENYATAAN MEDIA :
MAHASISWA MAHU PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN
13 April 2016
Merujuk kepada dapatan terbaru hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Challenger, ini membuktikan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sekarang menghadapi krisis keyakinan dan integriti yang parah dan wajib untuk segera mengundurkan diri.
Kajian yang dijalankan bertajuk "Soal Selidik Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Tehadap Kepimpinan Dato' Seri Najib Abdul Razak" menunjukkan bahawa daripada 5006 orang responden terdiri daripada mahasiswa institut pengajian tinggi di Malaysia - seramai 91.61% daripada mereka tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri hari ini. Setinggi 89.09% responden juga menyatakan bahawa mereka tidak percaya bahawa Dato' Seri Najib Razak adalah seorang pemimpin yang berintegriti.
Tahap sokongan yang begitu rendah di kalangan mahasiswa ini membuktikan bahawa generasi muda mengharapkan agar satu perubahan tampuk kepimpinan negara berlaku dalam kadar segera. Krisis keyakinan ini akan mengancam masa depan negara apabila majoriti dari anak muda hilang keyakinan kepada pemerintah hari ini.
Dapatan dari kajian ini juga menunjukkan antara langkah penting yang perlu dilakukan untuk mengembalikan keyakinan mahasiswa kepada kerajaan adalah dengan pengunduran Dato' Seri Najib Abdul Razak dan pelaksanaan reformasi sistem serta penghapusan rasuah di setiap peringkat. Tuntutan dan cadangan langkah-langkah ini menunjukkan bahawa majoriti mahasiwa sedar akan krisis yang melanda negara dan menuntut satu reformasi sistem yang menyeluruh untuk meletakkan semula negara di landasan yang betul.
Angkatan Muda KEADILAN dengan ini mengulangi tuntutan kami agar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak untuk mengundurkan diri dan menuntut satu reformasi sistem dilaksanakan segera bagi menyelamatkan negara. Kami juga meyeru kepada semua anak muda Malaysia dan sekalian rakyat untuk terus menyokong gerakan Selamatkan Malaysia dengan menandatangani Deklarasi Rakyat untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja dalam tempoh terdekat ini.
Dr AFIF BAHARDIN
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN

No comments:
Post a Comment