Sunday, April 10, 2016

Husam Gempagkan ADUN Kelantan: Memang ramai juga ADUN akan konar!

# Rupanya apa yang Wan Ubaidah cakap ni hanya saja nak menyorok jerlah'10 ADUN PAS keluar parti, AMANAH hanya bermimpi'

4 wakil rakyat wanita Kelantan akan sertai Husam jika dipecat
10 April 2016 | MALAYSIA DATELINE
Benarkah DUN Kelantan goyang

Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah mendedahkan kesemua empat wakil rakyat wanita PAS di Kelantan dijangka akan meninggalkan PAS jika Datuk Husam Musa dipecat oleh parti itu.

Pendedahan awal ini dibuat beliau melalui laman sosial Facebook apabila beliau dicabar untuk mendedahkan nama-nama wakil rakyat yang akan menyertai Husam itu.

Ia dilakukan Wan Rahim apabila seorang bekas aktivis PAS yang kini menyertai Amanah, Asran Alias mendedahkan tiga nama Adun dahulu yang bakal menyertai bekas naib presiden PAS iaitu Kadok (Azami Mohd Nor), Tawang (Hassan Maahmood) dan Bukit Panau (Datuk Abdul Fatah Mahmod).

"Datuk Wan Rahim tak payah sebut nama... izinkan ambo (saya) sebut dan pikirkan blako deh," kata Asran dan seterusnya menyebut ketiga-tiga nama itu.

Namun begitu, nama-nama yang didedahkan Asran itu dikatakan lebih kepada provokasi semata-mata kerana antara nama yang disebut itu sukar dipercayai akan menyertai Husam.

Ekoran itu, pelbagai nama disebut oleh rakan-rakan facbook Asran dan Wan Rahim menyampuk dengan berkata, "Mohon jangan abaikan wanita...".

Apabila seorang rakan facebook bernama Muhammad Iqbal Mohamad Nor menyebut nama Dun Kijang, Tanjung Mas dan Rantau Panjang, Wan Rahim menambah "& Demit."

Adun Kijang adalah Wan Ubaidah Wan Omar, Rohani Ibrahim (Tanjung Mas), dan Mumtaz Mohd Nawi (Demit) manakala Siti Zailah Yusof (Parlimen Rantau Panjang).

Wan Rahim membuat sepak mula isu ini apabila mendakwa 10 Adun Kelantan akan meninggalkan PAS jika Husam dipecat oleh PAS ketika jawatankuasa disiplin parti itu sedang membicarakan Adun Salor itu.

Ekoran itu, akhbar Sinar Harian melaporkan, Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan mencabar Wan Rahim menamakan 10 Adun yang akan bersama-sama Husam itu.

Sebelum itu, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, kenyataan Wan Rahim itu tidak akan menjadi kenyataan kerana kesemua Adun  PAS terikat dengan baiah mentalaqkan isteri jika mereka berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment