Thursday, April 14, 2016

Dah hampir dengan lubang kubur pun Mahathir masih belum insaf!

Azizah kesal Mahathir terus lancar serangan keji pada Anwar
pada 13-04-2016 07:04 
SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa kesalnya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mantan perdana menteri itu terus melakukan serangan keji ke atas suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya kesal Dr Mahathir memilih untuk terus meluahkan dendam dan racun ke atas Anwar Ibrahim. Ini berterusan walaupun kemurahan hati Anwar dalam mengampuni keterlaluan tindakan Mahathir sebelum ini.

"Tetapi apabila beliau memilih untuk mengulangi serangan keji kepada Anwar menggunakan institusi sama yang dipilihnya untuk menyerang, saya berfikir bahawa ini tidak boleh diterima," katanya melalui halaman Facebook, gerakan Bebas Anwar.

Terdahulu, Mahathir ditembu bual akhbar The Australian dak mendakwa Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri yang seterusnya.

Bekas perdana menteri itu juga berpegang teguh dengan keputusannya untuk memecat bekas timbalannya pada tahun 1998 dengan mendakwa Anwar sebagai "tidak bermoral."

Terkesan dengan dakwaan Mahathir itu, Azizah berkata Anwar bukan berjuang untuk cita-cita peribadinya untuk menjadi perdana menteri, sebaliknya mahu mengetuai rakyat menuntut reformasi dalam pentadbiran negara.

"Jika ia demikian, saya akan memintanya untuk berhenti menghambakan diri demi kebebasannya dalam mempertahankan prinsip dan kepercayaannya.

"Saya ulangi komitmen ikhlas kami berhubung pembaharuan dan bukannya dendam peribadi oleh mana-mana individu," kata Wan Azizah.

Wan Azizah kemudiaannya memanjangkan penegasan Anwar sebelum ini bahawa Deklarasi Rakyat yang diperjuang Pakatan Harapan dengan kerjasama Mahathir perlu melibatkan suara rakyat.

"Mahathir perlu faham dalam mana-mana kerjasama dengan pembangkang dan masyarakat sivil, kita tidak boleh memilih kaedah autokratik kerana cara kita bekerja adalah berdasarkan konsensus, mengutamakan kebajikan rakyat terutamanya yang terjejas akibat kelembapan ekonomi semasa dan tadbir urus yang cacat.

"Mahathir mesti belajar untuk menerima demokrasi yang kita pilih dan menerima bahawa rakyat akhirnya akan memutuskan apa yang mereka mahu. Mengawal minda hanya mewakili orde lama," katanya.

Anwar sebelum ini menegur pelaksanaan Deklarasi Rakyat yang padanya hanya melibatkan golongan elit dan tidak melibatkan rakyat secara langsung. - sumber

1 comment:

  1. Baik yg tua dari yg muda yg kena cucuk hidung oleh madir..

    ReplyDelete