Tuesday, April 5, 2016

Beginikah sikap PAS, setelah diketuk baru nak tongak? Marahkan bapa, anak dibelasah?

Jadinya perangai pantang dikritik dah jadi amalan mana-mana parti politik
Tapi kenapa marahkan pemimpin, orang bawahan dihukum?

Penghulu DUN Salor dilantik semula hari ini
05 April 2016 | MALAYSIA DATELINE
Penghulu DUN Salor Angkat Sumpah

Kecuali seorang, Jasmin Jaafar, semua penghulu (ketua kampung) kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor dilantik semula hari ini.

Dalam majlis yang diadakan di kediaman rasmi  Menteri Besar, jam 10 pagi tadi mereka telah mengangkat sumpah  jawatan di hadapan dua orang Exco, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Mejar (B) DatukMd Anizam Abdul Rahman.

Turut hadir ialah timbalan Exco, Datuk Hassan Mohamood.

Tindakan kerajaan Kelantan tidak melantik semula penghulu Dun Salor telah menimbulkan kontroversi apabila ia dibangkitkan oleh Adun Salor Datuk Husam Musa dalam sidang Dun Kelantan baru-baru ini.

Menurut Husam, adalah tidak adil bertindak kepada penghulu semata-mata kerana beliau menegur tindakan-tindakan kerajaan yang dianggap tidak betul.

"Jangan kerana bermusuh dengan saya, penghulu jadi mangsa," kata Husam dalam sidang berkenaan.

No comments:

Post a Comment