Saturday, April 9, 2016

Apa kena Orang Tua ni, dah nyanyuk atau melalut?

Laporan: Dr M kini gesa campur tangan asing untuk 'jatuhkan' Najib
mk - Hari ini, 12:14 tengah hari
Dalam satu perubahan yang ironik, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilaporkan menggesa campur tangan antarabangsa untuk membantu "menjatuhkan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akhbar The Australian hari ini melaporkan bahawa ia adalah perubahan luar biasa bagi Dr Mahathir yang terkenal dengan ketegasannya menolak campur tangan asing dalam politik Malaysia semasa pentadbirannya.

"Biasanya saya tidak suka campur tangan asing dalam hal ehwal Malaysia tetapi saluran untuk kami telah ditutup sepenuhnya (di dalam parti dan melalui undang-undang zalim yang kini digunakan untuk menakut-nakutkan pengkritik)," Dr Mahathir dilaporkan memberitahu The Weekend Australian.

Bekas pemimpin veteran Umno itu dan juga bekas presiden parti itu dilaporkan mengadu kepada majalah hujung minggu akhbar harian Australian itu mengenai sikap tidak kisah negara itu terhadap skandal yang melanda Malaysia.

"Kerajaan Australia dilihat seperti tidak mahu menyinggung perasaan perdana menteri Malaysia," katanya.

# Perkara beginilah yang menjadikan perjungan pembangkang rosak dan hilang sokongan!

No comments:

Post a Comment