Tuesday, April 5, 2016

A'ah betul juga persoalan ni........kalau tadak angin, tadak beruk tapi pokok goyang tu oranglah yang goyang!

Monday, 4 April 2016
KENAPA TENGKU RAZALEIGH BEGITU BERSUNGGUH MAHU DILIHAT MENYOKONG NAJIB?
Sejak menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyokong kepimpinan Najib Razak, nampak seperti ada kesungguhan bagi Tengku Razaleigh Hamzah untuk terus memperlihatkan dirinya benar-benar telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri.

Dalam portal Malaysiakini hari ini, beliau berkata, ahli UMNO adalah individu yang nafasnya UMNO, pendapatnya UMNO dan percakapannya juga UMNO.

"Ahli UMNO ini nafas, makan, percakapan, fikirannya (mengenai UMNO)....secara rohani juga orang UMNO, " katanya.

Justeru, Tengku Razaleigh dipetik berkata, sebagai ahli UMNO,  beliau mesti menyokong Presiden UMNO.

Semalam pula, dalam temubual dengan Mingguan Malaysia yang petikannya disiarkan oleh Malaysiakini, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, "saya ahli UMNO, saya mesti sokong apa yang ada dalam UMNO dan kebetulan UMNO berkuasa, siapa yang jadi Presiden dan Perdana Menteri, itulah orang kita."

Kenapa nampak bersungguh sangat Tengku Razaleigh mahu memperlihatkan dirinya menyokong Najib?

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri bermula pada 2009, pernahkah kita melihat keghairahan untuk menyatakan sokongan itu ditunjukkannya sebelum ini?

Kenapa hanya sekarang dan tidak sebelum ini?

Ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pula, ada sesiapa pernah mendengar sokongan sebegitu ampuh yang ditunjukkan oleh Tengku Razaleigh?

Begitu juga, selepas membubarkan Semangat 46 dan kembali menyertai UMNO, pernah kita mendengar ayat-ayat menusuk kalbu "saya ahli UMNO, saya mesti sokong Presiden UMNO" dilafazkan oleh Tengku Razaleigh kepada kepimpinan Tun Mahathir ketika itu?

Kenapa hanya ketika Najib yang sedang dibelenggu masalah dan dihimpit skandal kewangan yang dianggap terbesar sekarang baru Tengku Razaleigh mahu menghadiahkah kata-kata sokongan seperti itu?

Mengapa? Mengapa? Mengapa? (SH 04/04/2016). - N3 asal

# Korang rasa boleh pakai ke orang ini. Dia pernah membina rumah sendiri dan ajak orang lain berteduh di rumah itu. Kamudian bila ramai yang lari tanak berteduh di situ termasuklah juara pembakar jambatan, dia pun robohkan rumah yang didirikannya dan dia pula menumpang bertenggek di serambi orang lain!

3 comments:

  1. Kita tunggu... Sejarah bakal tercipta... PM dr Kelantan dan pd masa yg sama giliran Sultan Kelantan jadi Agong... X pernah terjadi d bumi Malaysia, PM dan Agong dr negeri yg sama serentak....

    ReplyDelete
  2. Nafas dan lain2 boleh tetap umno tapi kalau presiden dah mungkar patut ker terus sokong?cakap lah terus terang tak usah belit2..

    ReplyDelete
  3. "Ahli UMNO ini nafas, makan, percakapan, fikirannya (mengenai UMNO)....secara rohani juga orang UMNO, " katanya.
    Cakap mcm bukan org islam..agaknya agama umno kut

    ReplyDelete