Wednesday, September 27, 2017

Kes bakar tahfiz: Pesalah tak boleh dihukum bunuh namun boleh disebat

Pesalah kes bakar pusat tahfiz boleh disebat
SH  -  26 SEPTEMBER 2017
KUALA LUMPUR - Seorang bekas hakim Mahkamah Sesyen hari ini berkata,  hukuman sebat boleh dikenakan terhadap suspek remaja yang terlibat dalam kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru, sekiranya mereka didapati bersalah. 

Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata walaupun mereka tidak boleh dijatuhkan hukuman mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana masih di bawah umur, namun dengan nasihat pegawai perubatan, mereka boleh disebat dengan rotan.

"Di bawah undang-undang, seseorang pegawai perubatan akan memeriksa fizikal dan mental banduan, sama ada individu berkenaan boleh dikenakan sebatan atau sebaliknya.

"Kalau kita buat salah, cikgu rotan kita. Macam itulah. Kalau salah boleh disebat dengan rotan," katanya kepada Bernama selepas majils syarahan '10th Tun Suffian Memorial Lecture' di Universiti Malaya di sini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa ketujuh-tujuh suspek remaja yang terlibat dalam kes itu tidak boleh dijatuhkan hukuman mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana masih di bawah umur.

Bagaimanapun, Abdul Aziz yang juga seorang peguam kanan berkata dalam kes kebakaran berkenaan, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terperinci sebelum mendakwa mereka.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru kerajaan supaya memberi lebih perhatian ke atas aspek keselamatan di sekolah-sekolah agama supaya insiden sebegitu tidak berulang.

Menyentuh mengenai majlis syarahan berkenaan, Abdul Aziz yang merupakan Pengerusi Yayasan Tun Suffian berkata, ia bagi memperingati jasa bekas ketua hakim negara itu kepada masyarakat.

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi New Zealand yang juga Hakim Besar Maori Land Court, Sir Edward Taihakurei Durie, menyampaikan syarahan berjudul 'Indigenous Law and Responsible Water Governance', pada majlis itu. - Bernama

2 comments:

  1. I constantly spent my half an hour to read this website's articles everyday
    along with a mug of coffee.

    ReplyDelete
  2. tak kiralah hakim kanan ke kiri ka
    apa guna hidup kat dunia milik Allah
    kalau nak berhukum ngan hukum rekaan manusia
    ikut hukum Islam budak lelaki cukup umur 15 tahun
    dah tau beza antara taik ngan nasi
    nyawa dibayar nyawa kecuali ada maaf dari waris
    mangsa yang dibunuh

    ReplyDelete