Saturday, 30 September 2017
KETUA PESURUHJAYA SPRM ANGKUH DAN BIADAP, WAJIB LETAK JAWATAN, BIDAS TAMRIN GHAFAR
Angkuh, biadap, tak faham peraturan dan wajib letak jawatan, demikian bidas bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Ghafar kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad.
Menurut Tamrin, tindakan Dzulkifli membantah dan menunjukkan kemarahan secara terbuka berhubung penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara atau JITN yang sudah diluluskan kabinet adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak menunjukkan teladan kepimpinan yang baik sebagai anggota perkhidmatan awam.
Anggota perkhidmatan awam, tambah beliau, harus akur kepada apa juga keputusan kabinet kerana ia merupakan pembuat keputusan tertinggi dalam kerajaan.
Kalau pun mahu membantah, ia harus dilakukan mengikut saluran yang betul. Tidak sepatutnya dilakukan secara terbuka dan mengecam menteri yang berkaitan seperti serangan seorang ahli politik kepada musuh politiknya yang lain, ujar beliau lagi.
Mesyuarat kabinet pada 28 Julai lalu bersetuju menaiktaraf Bahagian Intergriti dan Tadbir Urus di bawah Jabatan Perdana Menteri menjadi sebuah jabatan yang dikenali sebagai JITN.
JITN akan berperanan sebagai badan penyelaras untuk menerajui perubahan transformasi dalam sektor awam dan swasta dengan tumpuan kepada urus tadbir yang baik, intergriti dan hak asasi manusia.
Dzulkifli bagaimanapun menyifatkan penubuhan JITN sebagai bertujuan mengawal SPRM dan membantah keras kewujudan jabatan itu.
Siapa menteri yang mahu mengawal kita bagaimana untuk menyiasat kes. SPRM sepatutnya bebas, jika alasan penubuhan JITN untuk memantau SPRM, mengapa harus saya melapor kepadanya, demikian antara luahan kemarahan Dzulkifli.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana kerajaan ada wang untuk menubuhkan JITN sedangkan peruntukan semua jabatan dan agensi telah dipotong atas alasan ketiadaan peruntukan?
Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap JITN sebaliknya menyatakan jabatan yang ditubuhkan itu tiada sebarang kuasa untuk mempengaruhi SPRM atau mana-mana pihak yang lain.
Dengan tindakan Dzulkifli menunjukkan kemarahan dan membantah secara terbuka penubuhan JITN, kata Tamrin lagi, ia bukan saja memperlihatkan keangkuhan, kebiadapan dan ketidakfahaman atas kedudukannya sendiri sebagai pegawai kerajaan, malah beliau kini tiada pilihan lain lagi selain harus meletakkan jawatan dengan segera.
Bagaimana Dzulkifli mahu terus bertugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM setelah adanya JITN nanti? soal beliau lagi.
Dalam pada itu, kata Tamrin, jika Dzulkifli boleh tersinggung dan menyifatkan kenyataan Lim Kit Siang terhadapnya sebagai tidak beradab, tidakkah beliau sedar memprotes keputusan kabinet secara terbuka juga menunjukkan sikap biadapnya sebagai seorang pegawai kerajaan.
Mengapa hanya beliau yang boleh menunjukkan sikap angkuh dan tak beradap kepada pihak lain, tetapi mudah terasa hati jika ia terkena kepada dirinya sendiri? tegas Tamrin lagi. (ShahbudinHusin 30/09/2017).
Posted by Shahbudin Husin at 08:38

Si Tamrin tu lagi mangkok. Aku terok2 bayar Mara Loan, dia pegi sapu beli golf membership
ReplyDeletebuh lah nama apa pung tubuh lah apa pung
ReplyDeletekalau sang penguasa jenis korap tetap korap
hukum hanya untuk orang lain bukan untuk sang penguasa durjana
cilaka
Tamrin pun biul luar biasa. Tak tahu la apa sb dia join arkam sb kontra sgt dgn perangai dia.
ReplyDeleteKu sokong tamrin. Dzul ni jd bos sprm hanya krn bodek. Bkn tau wat kerja. Dia kan dipinjam drp pejabat Ag apandi oleh Mo1. Dilantik bkn utk wat kerja tp untuk cover line. Huhu. Anon diatas jgn lah serang tamrin. Takde kesalahan serius yg dia buat dulu. Kalu ada dah kena tu. Wat apo serang orang pencen. Hang ada teloq ka. Huhu
ReplyDelete