Friday, September 15, 2017

Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?

Dr Asri ingatkan sejarah PAS dan Hudud?...                                     
Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?

Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai-berai, tidak makan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti. Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.

Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut ‘perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.

Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!

Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.

Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan ‘selesai masalah pengangguran dulu baru hudud’. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.

Anda yang menuduh orang itu dan ini murtad, kemudian anda ingin buat undang-undang murtad?!! Berkepentingan!!!

Jika hendak disenaraikan yang mengelirukan memanglah banyak. Maka, janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini. Ia akan benar-benar mengelirukan.

Hari ini anda sesatkan orang yang enggan menyokong usul anda, esok mungkin anda jadikan dia jadi wali Allah pula apabila ‘angin politik’ anda berubah?!

Itu belum lagi kita bincang ceramah parti anda yang penuh maki hamun, mengkafirkan, menuduh sesat, kufur, tanam di kubur kafir, keluar parti keluar jamaah Islam maka tercabut Islam dan lain-lain.

Dr Asri Zainul Abidin ialah Mufti Perlis

2 comments:

  1. Asri mengelirukan umat Islam sebenarnya bukan PAS, Asei menyebarkan tuduhan dan fitnah tanpa fakta terhadap PAS, apakah sembelihan orang umno tidak dimakan oleh pengikut PAS? Adakah perkara ini menjadi amalan pengikut PAS? Kalau ada sila buktikan, solat dua imam juga adakah ianya menjdi amalan pengikut PAS? kalau ada sila buktikan, dimana dan bila? jangan jadi penyambung lidah syaitan membawa fitnah kemana saja, mufti seeloknya jaga hal ehwal agama bukan menjaja fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana boleh tolang jawab. Apa yang Ustaz Asri nyatakan memang berlaku sekitar 80an ekoran Ucapan Politik Haji Hadi di Banggol Peradong K.Trg. Berapa umur anda sekarang? Kalau anda tidak tahu, bermakna anda masih muda. Anda tidak tepat mengatakan Ustaz Asri memfitnah Pas. Kes 2 imam pernah dibicarakan di Mahkamah Syariah Terengganu. Pasal sembelihan juga berlaku. Pasal cerai berai juga berlaku. Putus hubungan persaudaraan juga berlaku. Anda boleh selidik dan tanya makcik/pakcik yang pernah lalui isu itu sekitar 80an di Terengganu/Kelantan. Tak salah untuk mencari kebenaran. Yang hak itu hak, yang batil tetap batil.

      Delete