Bunuh Anak Saya Jika Terlibat Dadah - Duterte
mStar - Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 3:03 PM
MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan pihak polis supaya membunuh anaknya, Paolo Duterte sekiranya didapati terlibat dalam penyeludupan dadah.
"Arahan saya ialah: Jika mana-mana anak saya terlibat dengan dadah, bunuh mereka, jadi orang ramai tidak boleh menuduh saya sembarangan," ujarnya semasa berucap di MalacaƱang.
Duterte berkata, beliau telah memberitahu anaknya mengenai arahan bunuh itu.
Tambah Duterte, beliau akan melindungi polis yang membunuh anaknya sekiranya anaknya memang terlibat dengan dadah.
Duterte membuat arahan itu selepas Senator Antonio Trillanes IV membuat dakwaan bahawa anaknya merupakan ahli kongsi gelap dadah China.
Sebelum ini, Paolo Duterte dikaitkan dengan Kumpulan Davao yang didakwa menjalankan operasi penyeludupan dadah di Biro Kastam (BOC).
Presiden Duterte sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sekiranya mana-mana anaknya terlibat dengan rasuah atau aktiviti haram lain. - Philippines Daily Inquirer/Asia News Network

No comments:
Post a Comment