Saturday, September 30, 2017

Ape kene nih? Dua anggota TLDM pula mati

2 anggota maut, TLDM tubuh lembaga siasat SOP latihan
TMI  -  Diterbitkan pada 30 Sep 2017 11:57AM ·
Tentera Laut Diraja Malaysia menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) susulan dua anggotanya meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal, semalam. – Gambar fail AFP, 30 September, 2017.

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) susulan dua anggotanya meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal, semalam.

TLDM dalam satu kenyataan hari ini berkata punca sebenar kematian itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencari punca sebenar kejadian.

“Lembaga Siasatan ini akan meneliti SOP sedia ada dan sekiranya terdapat pelanggaran terhadap SOP tersebut, TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi individu yang melanggar prosedur semasa melaksanakan tugas,” kata kenyataan itu.

Semalam, dua anggota TLDM LK I PNK Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK I TLS Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan.

Kenyataan itu berkata ketika menjalani latihan tersebut, anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas.

“Mereka diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan dan panggilan kecemasan dibuat. Kedua-dua anggota disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

“Hasil pemeriksaan awal doktor bertugas terhadap kedua-dua anggota itu tidak menunjukkan sebarang kesan pukulan atau penderaan fizikal pada anggota badan mangsa,” kata kenyataan itu. – 30 September, 2017.

Berita lanjut: Pesan terakhir anggota TLDM yang meninggal dalam tahanan kepada isteri

2 comments:

  1. kesian tengok laskar laskar ni belatih sampai mati nak petahankan tanah air bagi aman
    depa senang senang dah ada jawatan tinggi buat rasuah kena tangkap lepas ....
    memang sial la puak ni

    ReplyDelete
  2. kalau dipaksa denagn latihan berat yang berlebihan boleh jugak buat orang jadi sakit n mati
    takkan puak laskar tak tahu
    kalau dah dalam tahanan latihan apa ke benda pulak deraan ada la
    kat negara ni banyak sangat tukang tipu
    macam rasa tak berdosa

    ReplyDelete