Rakyat Selangor mahu dengar cerita baharu, kata Ezam
MALAYSIA DATELINE - September 25, 2017 6:41 am
Bekas Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berpandangan cadangan Umno Selangor membawa kembali gandingan tiga bekas menteri besar negeri itu bagi menguatkan Umno-BN di Selangor adalah cerita lama sedangkan rakyat selangor mahu mendengar cerita baharu.
“Rakyat Selangor mahu dengar cerita baharu. Hari ini cerita Selangor adalah cerita sebuah negeri yang berjaya.
“Hasil mahsulnya diurus baik.Simpanan negeri amat kukuh dan menyakinkan pelabur dalam dan luar negara.
“Rakyat Selangor bukan hanya berpuas hati malah merasa bangga dengan negeri mereka hari ini.Baik penjawat awamnya juga pengusaha swasta di Selangor hari ini dengan rasa bangga berkongsi pengalaman melaksanakan dan menikmati polisi dan dasar-dasar kerajaan negeri hari ini.
“DYMM Sultan Selangor sendiri amat berpuas hati dengan prestasi kerajaan negerinya hari ini.Kebanggan Baginda Tuanku dititahkan secara terbuka didalam beberapa majlis rasmi oleh DYMM Tuanku sendiri.Rakyat Selangor tahu Sultan mereka bukan calang-calang Sultan.Baginda amat fokus dan serius dengan setiap perkara membabit kepentingan negeri dan rakyat baginda.Setiap titah baginda dijunjung tinggi.
“Makanya cerita hari ini,bagi rakyat Selangor hari ini, adalah cerita MB mereka hari ini.Bukan cerita MB mereka yang lalu. Yang relevan adalah MB hari ini kerana setelah sekian lama rakyat Selangor menanti kehadiran seorang MB yang mereka boleh banggakan dan harapkan.
“Realitinya MB hari ini jelas menepati harapan bukan sahaja rakyat biasa disetiap ceruk dan pelosok negeri ini tetapi juga pembesar-pembesar negeri di istana,” ujarnya dalam kenyataan.
Mohamaad Ezam yang juga bekas ketua pemuda PKR (1999-2005) itu berkata, Selangor bukan sebuah negeri biasa tetapi sebuah negeri paling kaya di negara ini.
Katanya, disebabkan itu Selangor menjadi negeri yang sukar ditadbir cuma kurang bernasib baik kerana selama ini mendapat menteri besar yang tidak setanding kehebatan negeri Selangor itu sendiri.
“Komposisi rakyatnya kompleks.Masalahnya lebih rumit.Selama ini negeri ini bernasib baik mempunyai raja yang setanding dengan status negerinya sebagai sebuah negeri paling maju.
“Cuma seringkali rakyat Selangor tidak bernasib baik mendapat seorang MB yang tidak setanding dengan kehebatan negerinya.
“Hari ini rakyat Selangor percaya mereka mendapat seorang MB yang setanding dengan nama besar negeri ini.
“Datuk Seri Azmin hari ini dilihat sebagai seorang MB yang mampu membawa sebuah negeri luarbiasa seperti Selangor ini terus gemilang.
“Malah kejayaan demi kejayaan polisi yang dibawa menyakinkan rakyat Selangor bahawa Azmin satu hari nanti mampu memikul tanggungjawab lebih besar memimpin bukan sahaja negeri malah negara ini,” ujarnya.
Menurut Mohamad Ezam lagi, sebagai seorang anak jati negeri Selangor beliau berkongsi harapan ini dengan rakyat Selangor yang lain.
“Justeru menjadi tanggungjawab saya dan rakyat Selangor yang lain membantu dan mendoakan Azmin untuk terus menjadi pemimpin yang berjaya.
“Saya akan membantu dan mempertahankan MB (Azmin) ini.Saya juga berharap bekas MB-MB yang seharusnya berperanan melangkaui kepentingan sempit mereka yang masih berkepentingan meletakkan kepentingan negeri mengatasi kepentingan politik sempit itu dan membantu Azmin sebagai pemimpin negeri mereka hari ini.
“Sudah sampai masanya Selangor menjulang pemimpin anak jatinya untuk menjadi pemimpin besar negara dan Azmin adalah orangnya dan ini adalah masanya,” ujarnya.
Mohamad Ezam yang juga Timbalan Ketua PKR Selangor kemudiannya mengumumkan keluar dari PKR pada tahun 2007 dan setahun selepas itu menyertai Umno ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dan presiden parti Melayu itu.
Bagaimanapun beliau turut menceritakan akan hubungan baiknya dengan bekas tiga menteri besar Tan Sri Abu Hassan Omar, Tan Sri Muhamad Muhd Taib dan Dr Mohd Khir Toyo ketika beliau menjadi ahli dalam Umno dan PKR.
“Ramai yang tanya pandangan saya terhadap cerita 3 ex MB Selangor yang bertekad merampas semula Selangor.
“Saya mulanya tidak berhasrat mengulas mengenainya kerana ianya bagi saya tidak relevan dan diluar domain pemikiran rakyat Selangor hari ini.
“Juga kerana ketiga mantan MB itu kawan lama.TS Muhammad Taib adalah Ketua UMNO Selangor disaat saya menjadi pemimpin utama Pemuda Umno Selangor dulu.Tan Sri Abu Hassan Omar pula dekat bila mana saya memain peranan utama pilihan raya kecil untuk jadikan beliau MB pada masa saya menjadi setiausaha politik kepada Pemangku Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Khir Toyo pula kawan keluarga saya.Isterinya memanggil emak saya mak.
“Saya juga pernah bertempur dengan kesemua mereka semasa saya menjadi Timbalan Ketua PKR Selangor.
“Namun persahabatan kami kekal.Pernah dulu saya dan MB hari ini Datuk Seri Azmin melakukan umrah bersama kami bertemu dengan TS Muhammad Taib d Madinah dan sembang panjang. Semasa Dr Khir MB Selangor sebaik sahaja saya keluar penjara 2003 beliau menjemput saya ke rumah MB dan mengajak saya kembali ke Umno dan bertanding pilihan raya 2004.Saya menolak dengan memberi alasan boss saya Datuk Seri Anwar masih didalam penjara dan tugas utama ketika itu belum selesai.” ceritanya.
MALAYSIA DATELINE - September 25, 2017 6:41 am
Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor

No comments:
Post a Comment