Najib, Zahid takut, bacul tidak luluskan pendaftaran PH, dakwa Tun M
BORHAN AHMAD - September 29, 2017 10:35 pm
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai bacul dan penakut apabila tidak meluluskan pendaftaran gabungan partinya.
“Dia nak jaga keselamatan dia. Sebab itu sampai sekarang belum lulus PH. Dah lebih sebulan kita failkan, tidak ada sebab dia tak daftar.
“Zahid Hamidi Menteri KDN bertanggungjawab untuk meluluskan pendaftaran ini. Sampai sekarang senyap sunyi kerana takut.
“Penakut, sibacul ini tak berani nak luluskan,” katanya di majlis pelancaran Pakatan Harapan Johor malam ini.
Katanya, pemimpin BN berharap, pendaftaran PH hanya akan dibuat menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Harapan mereka adalah, sampai masa pilihan raya baru nak bagi kelulusan. Kalau bagi masa itu tak sempatlah kita kempen untuk perkenal logo dan sebagainya,” katanya.
Sehubungan itu, Mahathir memberikan jaminan kepada penyokong PH, samada pendaftaran PH diluluskan atau tidak, mereka akan tetap bekerjasama.
“Sama ada lulus atau tidak kita akan tetap kerjasama. Misalnya kita letak calon AMANAH sebagai calon umpamanya. Bukan penyokong AMANAH saja akan undi calon itu, tetapi semua penyokong PKR, Bersatu dan DAP juga akan undi calon AMANAH itu,” tegasnya.
Apabila itu berlaku, beliau yakin, BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kita letak dan sokong calon PH, jangan kira dia datang dari parti mana, kita sokong dia,” katanya.
Johor cipta sejarah
Dalam ucapan itu, Mahathir mengajak rakyat Johor sekali lagi mencipta sejarah sebagaimana tahun 1951 dulu mereka menubuhkan Umno di Johor.
“Dulu Johor kubu Umno. Kita minta rakyat Johor sekali lagi menjadi pengasas dan menjadi kubu kuat PH.
“Hari ini Johor jadi pengasas kepada gerakan untuk bersihkan negara bermula dari kleptokrasi,” katanya.
Katanya, sejarah akan dicatat melalui tindakan orang Johor ini dalam pilihan raya umum akan datang.

Dasar pemikiran terbantut(retarded). Siapa yg anugerahkan dia honorary doctorate? Institusi terbantut jg!
ReplyDeleteJustru otak kau yg terbantut sebab letak di lutut,,Najib Dan Jho Low mentekedarah duit Negara dan Rakyat pun kau masih sokong, bukankah itu haramjaddah namanya....!!
Delete