MONDAY, SEPTEMBER 25, 2017
Songlap RM40 juta : Orang kuat Zahid Hamidi rupanya....
Songlap RM40 juta : Orang kuat Zahid Hamidi rupanya....
Rupa-rupanya yang dikatakan 'pengarah sebuah syarikat' itu adalah Ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh, Nik Mohamad Azli!
Pada 13 September, empat individu terdiri daripada Ketua Eksekutif PTPK, Setiausaha PTPK, Penolong Pegawai Kewangan PTPK dan seorang pengarah sebuah syarikat bergelar Dr.
Mereka ditahan untuk siasatan kes penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM40 juta yang disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan kemahiran khusus untuk mereka yang tiada pekerjaan.
Ketiga-tiga pegawai itu juga telah berpakat dengan pengarah syarikat tersebut dan meluluskan 15 buah syarikat miliknya untuk mengendalikan program-program tersebut. ~ sumber
Selepas seminggu di tahan reman, Ketua eksekutif dan setiausaha perbadanan itu, masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dengan dua orang penjamin.
Seorang lagi iaitu pengarah syarikat berumur 38 tahun dibebaskan dengan jaminan tunai RM28,000 dengan dua penjamin.
Tidak dapat kepastian apa yang terjadi dengan yang seorang lagi…
Laporan berita itu tidak menyebut pun sebarang nama mereka yang ditahan menyebabkan timbul pertanyaan siapalah gerangannya mereka itu?
Pastinya, kalau mereka tu datang dari parti pembangkang, sudah tentu akan terpampang nama-nama dan gambar mereka di muka depan akhbar-akhbar dan tv!
Rupa-rupanya yang dikatakan 'pengarah sebuah syarikat' itu adalah Ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh, Nik Mohamad Azli!
Sila ikuti VDO berikut :
Nik Mohamad Azli merupakan orang kuat kepada Ahmad Zahid, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Maka ramai yang mempersoalkan mengapa dan kenapa Zahid mendiamkan diri?
Kenapa Zahid Hamidi diam?
Apa tindakan Zahid Hamidi terhadap kerja kotor dan hina yg di lakukan olih pemimpin partinya di Bahagiannya sendiri?
Setidak-tidaknya, dalam kes yang melibatkan RM100 juta, Menterinya, Khairy Jamaluddin berani tampil buat kenyataan untuk mengesahkan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), adalah pegawai dibawah kementerianya.
Katanya, pihaknya menyerah sepenuhnya kepada SPRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan.
Tetapi kenapa tidak Zahid Hamidi? Dia sepatutnya buatlah sidang akhbar untuk menyatakan sesuatu kerana kes tersebut melibatkan orang kuatnya sendiri.
Tiba-tiba muncul sorang cyber trooper Umno yang membela dan memuji sikap Zahid Hamidi kerana tidak bersuara untuk mempertahankan atau membantu Ketua Pemuda Bahagian beliau sendiri.
Menurutnya, memang telah menjadi amalan di dalam UMNO dan Barisan Nasional tidak akan mengganggu siasatan berhubung dengan apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
Tapi rakyat negara ini tentu masih ingat sejarah hitam Zahid mengenai surat nya kepada pihak berkuasa FBI Amerika Syarikat untuk membebaskan seorang raja judi.
Paul Phua didakwa menganggotai kongsi gelap 14k Triad, satu entiti jenayah terancang Cina antarabangsa, menghadapi tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram.
Dalam surat tersebut Zahid menyatakan bahawa tauke judi itu, Paul Phua telah membantu Malaysia dalam soal “keselamatan negara”
Akhbar South China Morning Post telah menyiarkan surat didakwa ditandatangani oleh Ahmad Zahid. Baca beritanya di sini
Kalau pihak berkuasa FBI Amerika Syarikat itu pun dia boleh tulis surat, inikan pula pihak berkuasa negara sendiri... Faham-fahamlah!
Tangkapan kes rasuah melibatkan pemimpin Umno BN ni heboh macam nak rak buat seketika sahaja. Berdendum dentam macam ledakan meriam buluh, memekak tapi sasaran tak pernah mengena...
Kes rasuah RM100 juta melibatkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dilaporkan pada 17 Mac 2016, kini senyap sepi… Entah apa sudah jadi ?
Begitu juga dengan kes rampasan wang sebanyak RM112 juta daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Sabah yang disyaki menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah. Kes dilaporkan pada 6 Oktober 2016 tapi sehinggi kini masih belum selesai...
Kalau kes-kes yang lebih besar seperti diatas itu dan melibatkan pemimpin Umno yang lain boleh jadi senyap akhirnya, maka apalah sangat dengan kes RM40 juta ini?
Apatah lagi kalau nak bandingkan dengan kes bapa segala rasuah yang melibatkan RM2.6 juta….Kes ini umpama sisa makanan dicelah gigi dan mudah dicungkil keluar... Betul tak Zahid?
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am
No comments:
Post a Comment