Wednesday, September 27, 2017

Ulasan menarik: Rahsia geng pro-PAS dalam PKR

Rahsia geng pro-PAS dalam PKR
Chiong Yoke Kong 
Kendatipun Azmin Ali berjanji akan menuruti pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya yang akan datang, namun rekodnya dalam menepati janji adalah tidak baik.
Contohnya beliau telah membelakangkan perjanjian yang ditandatanganinya dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lepas.

Oleh itu, daripada percayakan beliau sepenuhnya, lebih baiknya untuk meneliti tindakan seterusnya.
Malah geng pro-PAS telah menggunakan Anwar Ibrahim sebagai benteng mereka. Anwar yang akan disalahkan sekiranya apa yang tidak diingini berlaku kelak.

Saya amat bersimpati dengan Anwar Ibrahim lantaran kewibawaannya telah dirosakkan oleh geng tersebut.

Saya turut tidak senang hati dengan tindakan isteri dan anak perempuannya yang tidak tegas menegakkan nama baik dan kewibawaan Anwar.

Retorik geng pro-PAS adalah untuk menyatukan segala tenaga dan tidak menolak kawan kepada musuh.

Dulunya saya yang bersifat "too simple, sometimes naive" pun mempercayai retorik sedemikian.

Namun retorik sedemikian adalah ibarat kata-kata cinta yang kononnya romantik tetapi sesungguhnya tidak bolehlah digunapakai langsung.

Apakah yang ingin dibincangkan antara geng pro-PAS dengan PAS? Jawapannya adalah untuk mencapai kata sepakat satu lawan satu.

Abaikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) seketika dan bincangkan berkaitan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang merupakan kawan sejati Pakatan Harapan sejak hari pertama.
Adakah PAS akan berbaik-baik dengan parti ini yang dianggap pemberontak pada mata mereka? Adakah persetujuan satu lawan satu akan memberikan ruang kepada AMANAH?

Berdasarkan sikap PAS sebegini, siapakah yang percaya bahawa parti ini akan bertoleransi dan memberikan kerusi kepada AMANAH?

Oleh itu, apa yang diinginkan oleh geng pro-PAS – boleh dikatakan hampir 99 peratus – adalah supaya semua kerusi yang ditandingi PKR dijamin satu lawan satu dan semua kerusi yang bukan ditandingi mereka menjadi pertempuran terbuka.

(Jangan lupa bahawa PKR pernah ditikam dari belakang oleh Hadi Awang di parlimen Kota Damansara dan menatijahkan kekalahan calon mereka).

Sekiranya telah tercapainya kata persetujuan sedemikian, adakah PAS dikira sebagai kawan atau lawan?

Bezakan kawan, lawan

Bagaimanakah HARAPAN hendak meneruskan percaturan politik sekiranya tidak dapat membezakan antara kawan dengan lawan?

Adakah HARAPAN masih boleh berjuang habis-habisan untuk menumbangkan lawan sekiranya tidak dapat membezakan antara kawan dengan lawan?

Ketika itulah akan wujudnya banyak undi rosak.
Mengapakah Azmin bertegas untuk berbaik-baik dengan PAS walaupun dikritik sejak dahulu lagi? Ramai orang berpendapat PKR takut kalah.

Namun saya tidak berpendapat sedemikian lantaran turut terdapatnya pejuang sejati dalam kalangan parti itu.

Azmin tidak begitu takut hilang tampuk pemerintahan negeri Selangor tetapi beliau takut peranannya sebagai menteri besar menjadi lemah.

Azmin kini menguasai pelbagai pihak dengan sumber pentadbiran negeri dan salah satu pihak tersebut ialah PAS.

Tidak dilupakan bahawa PAS telah menjayakan aspirasinya untuk menjadi menteri besar selepas Langkah Kajang.

Sekiranya hilang PAS, Azmin akan menjadi harimau yang kehilangan taring. Hal ini disebabkan semua parti berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam HARAPAN dan senario inilah yang tidak diinginkan Azmin.

Kewujudan AMANAH dan BERSATU mengakibatkan Azmin kehilangan kuasa tawar-menawar politiknya yang boleh berbaik-baik dengan pelbagai pihak pada masa yang sama demi kepentingan politiknya.

Apakah rahsia PAS pula?

Hanya terdapatnya dua penjelasan terhadap sikap PAS kini yang tidak bertoleransi dan tegas dengan pendekatannya yang anti-HARAPAN.

Pertamanya, mereka telah menjauhkan diri daripada pendapat umum rakyat sehingga mereka tidak sedar bahawa pengundi khususnya bukan Melayu telah kehilangan kepercayaan terhadap mereka.

Keduanya, mereka tidak menginginkan kemenangan besar. Mereka hanya menginginkan sesetengah kerusi untuk menjadi kingmaker (penentu) yang menentukan hidup mati negara.

Ini bukanlah gurauan. Sekiranya mereka terus berhubungan sulit dengan PAS dan mengakibatkan HARAPAN tidak dapat membezakan antara kawan dengan lawan dan tidak berjuang habis-habisan untuk menumbangkan lawan, mungkin PAS dapat meneruskan nafasnya dan berjaya memenangi beberapa kerusi.

Kerajaan negeri Selangor adalah contohnya.

Jika DAP mengekalkan keputusan penggal yang lepas ataupun kalah satu sehingga dua kerusi, PKR kalah dalam satu atau dua kerusi (mungkin lebih banyak), AMANAH kecundang dalam kesemua kerusi lantaran ditikam oleh kedua-dua pihak, pada masa itulah PAS yang hanya memenangi beberapa kerusi adalah kingmaker.

Logik mudah

Logik matematik ini amat mudah sekali. Kerajaan Selangor telah lamanya tumbang sekiranya bukan disebabkan sokongan teguh dua ADUN AMANAH ketika itu.
Sekiranya PAS adalah kingmaker, pihak manakah yang akan didampingi oleh PAS? Umno ataupun HARAPAN?

Rahsia ini sebenarnya bukan rahsia. Sekiranya bekerjasama dengan HARAPAN, anda hanya dapat menikmati satu perlima daripada kek tersebut.

Sebaliknya kerjasama dengan Umno bukan sahaja dapat menjamin anda untuk menikmati separuh kek tersebut, malah Umno juga mungkin akan menghadiahkan jawatan menteri besar.

Sekiranya anda daripada PAS yang mempunyai tahap kecerdasan yang biasa sekalipun, nescaya anda pun akan membuat keputusan yang sama.

* CHIONG YOKE KONG adalah pengarah politik Pemuda DAP.

1 comment:

  1. Hiya! I know this is kinda off topic but I'd
    figured I'd ask. Would you be interested in trading links or maybe guest writing a blog article or vice-versa?
    My website addresses a lot of the same topics as yours and I believe we could greatly benefit from each other.
    If you're interested feel free to shoot me an email. I look forward to hearing from you!
    Terrific blog by the way!

    ReplyDelete