Sandiwara sebuah RCI sudah berakhir
The Malaysian Insight
Diterbitkan pada 19 Sep 2017 2:41PM
Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia hampir 30 tahun lalu menamatkan prosidingnya hari ini selepas menyoal siasat 25 saksi dan meneliti 42 dokumen berhubung kerugian tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 September, 2017.
SANDIWARA sudah tamat. Selesailah sudah siasatan paling amatur dalam sejarah Malaysia yang diadakan semata-mata untuk tujuan politik.
Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia hampir 30 tahun lalu menamatkan prosidingnya hari ini selepas menyoal siasat 25 saksi dan meneliti 42 dokumen berhubung kerugian tersebut.
Moga-moga kita tidak akan melihat kepura-puraan seperti ini lagi. Ia dipengerusikan oleh seorang yang tentunya akan dikenang rendah. Mohd Sidek Hassan mengakhiri kariernya dalam perkhidmatan awam sebagai Ketua Setiausaha Negara dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi Petronas namun tingkah lakunya tidak sama sekali menggambarkan kedudukannya.
Beliau awal-awal lagi sudah membuat rumusannya, enggan menarik balik kenyataannya serta menyoal saksi seperti bermusuh sehingga menyebabkan mereka yang hadir rasa bingung dan kesal.
Orang bertanya apakah ini satu siasatan atau perbicaraan.
Dr Mahathir Mohamad menunjukkannya dengan jelas apabila menyatakan dengan terbuka tujuan RCI ini bukanlah satu siasatan terhadap kerugian urus niaga mata wang asing tetapi semata-mata untuk memburukkannya.
“Ia hanya untuk mencari cara menunjukkan saya buruk di mata rakyat. Bahawa pada masa saya dulu, ada juga wang dicuri,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.
Ia satu siasatan yang tidak memberikan perhatian kepada bukti-bukti dokumen. Hanya bersandarkan pada apa yang dikatakan oleh saksi dan tiada pula minat untuk memanggil mereka semula apabila keterangan-keterangan itu bercanggah.
Sejak hari pertama, RCI ini tampak seperti satu siasatan yang ditujukan kepada Dr Mahathir, Daim Zainuddin dan lain-lain yang kini jadi musuh kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Keterangan dengar cakap dan sesuatu yang kononnya bukti tetapi mempunyai lompong besar diberikan keutamaan yang luar biasa. Rumusan sudah dibuat awal-awal lagi, dan tidak pula ditarik kembali.
Tidak hairanlah apabila rakyat Malaysia yang waras akal fikirannya berhenti mengikuti persidangan RCI ini. Sandiwaranya sangat jelas dan ketara. Ia bukannya sangat satu siasatan tetapi soal siasat dan pendakwaan, semata-mata untuk mencemari pengkritik kerajaan.
Ia tidak begitu menjadi seperti yang diharapkan. Ia hanya menambah selapis lagi topeng pura-pura Putrajaya. – 19 September, 2017.

No comments:
Post a Comment