Thursday, September 21, 2017

Bergabung rampas Selangor: Adakah rakyat Selangor masih terima dan percayakan mereka?

Tiga bekas MB bergabung rampas kembali Selangor
21 SEPTEMBER 2017
Noh Omar

KUALA LUMPUR - Tiga bekas menteri besar Selangor akan bergabung bagi memastikan BN menawan kembali negeri tersebut pada PRU14.

Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, penyertaan semula Tan Sri Muhamad Muhamad Taib dalam Umno juga memberi aura baharu buat BN di negeri itu.

"Kita dah bincang...bukan sahaja dengan Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, tetapi InsyaAllah kita ada Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo yang mana ketiga-tiga bekas menteri besar ini akan berganding bahu bersama saya untuk pastikan kemenangan BN di negeri ini.

"Mereka ini (menteri besar) tak pandang jawatan, apa yang penting mereka nak lihat apa yang dilaksanakan dahulu ada kesinambungannya...bukan seperti sekarang. Apa yang kerajaan negeri Selangor dah buat?," katanya.

Noh, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tiga kawasan perumahan di Dun Dusun Tua dan Kajang, dekat sini, hari ini.

Noh juga mengulangi kenyataannya mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memeriksa semua pusat tahfiz, pondok dan madrasah di seluruh negara susulan kebakaran pusat tahfiz di Kampung Datuk Keramat di ibu negara yang mengorbankan 23 nyawa, Khamis lepas.

"Saya arahkan Bomba untuk memeriksa semua pusat tahfiz dan nasihatkan pihak pengurusan apa yang perlu diperbaiki...kalau pendawaian tak betul, struktur bangunan tak mengikut aspek keselamatan, bagi mereka (pengurusan) tempoh untuk baik pulih dua tiga bulan mengikut budi bicara.

"Bila dah sampai tempohnya, tindakan drastik akan diambil sama ada untuk tutup pusat berkenaan atau membawa kes tersebut ke mahkamah. Dalam masa terdekat ini saya sendiri juga akan turun padang membuat pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata hal keselamatan bukan hanya perlu diutamakan di sekolah tahfiz sahaja tetapi juga di kawasan perumahan termasuk rumah pangsa.

Pada lawatan tersebut, Noh meluluskan peruntukkan sebanyak RM4 juta bagi membaik pulih prasarana di tiga perumahan iaitu Perumahan Taman Segar Perdana dan Taman Perkasa Fasa 1 di DUN Dusun Tua serta Rumah Pangsa Taman Kota Cheras di Dun Kajang. – sumber

2 comments:

  1. Cakap jer ler kamu tu nak jawatan MB, dengan propegandar kamu konon tiga bekas MB akan bergabong untuk rampas Negeri Selangor, tak ada orang nak percaya cakap kamu tu,.khir Toyo,?? dia dah fed up kat umno kerana tak tolong dia sampai kena penjara,.mohd taib,.??? Sultan sendiri teramat murka dengannya,.abu hassan,.??? Too slow person,.ketiga tiga ex MB yg nak di harap,.?? memang tak boleh diharap pun, dimanakah kekuatan mereka ni,?? Noh x3,...

    ReplyDelete
  2. mat penyangak dah bersekutu
    elok latu kalau maseh ada yang boddo
    nak bagi kuasa kat mat mat ni
    muka penyangak

    ReplyDelete