Tuesday, September 19, 2017

Pejuang Malaysia sudah berada di Myanmar?

Militan Malaysia lawan tentera Myanmar bukan anggota IS, kata polis
Diterbitkan pada 19 Sep 2017 7:52AM
Krisis kemanusian terburuk yang sedang berlaku itu sudah memaksa lebih 400,000 orang Rohingya melarikan diri dari Myanmar. – Gambar EPA, 19 September, 2017.

SEKUMPULAN rakyat Malaysia yang berada di Myanmar direkrut oleh kumpulan militan tempatan untuk terlibat menentang tentera negara itu yang mencetuskan serangan balas pihak berkuasa sehingga menyebabkan lebih daripada 400,000 orang Islam Rohingya melarikan diri dari negeri Rakhine, lapor Straits Times.

Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas (E8) Ayob Khan Mydin Pitchay pada Ahad lalu berkata yang Kumpulan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) menggunakan isu Rohingya sebagai alasan untuk merekrut militan baru di Asia Tenggara seperti dilaporkan Bernama.

Bagaimanapun, Ayob memberitahu the Straits Times yang rakyat Malaysia yang sekarang berada di Myanmar bukan sebahagian daripada IS.

“Mereka bukan IS…kami masih tiada maklumat risikan yang membuktikan IS dan Arsa bergabung tenaga,” katanya merujukan kepada Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (Arsa).

“Tetapi isu Rakhine dieksploitasi IS (untuk merekrut lebih ramai ahli) di Asia Tenggara.”

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata maklumat risikan polis menunjukan lebih ramai rakyat Malaysia sedang bersiap sedia untuk memerangi tentera Myanmar.

“Kami sedang menentukan berapa ramai mereka (di Myanmar) dan berapa ramai lagi merancang meninggalkan Malaysia (untuk pergi ke Myanmar,” kata Fuzi seperti dipetik The Straits Times semalam.

Tidak diketahui sama ada rakyat Malaysia sudah terlibat dalam serangan pemberontak di Myanmar.

Pihak berkuasa memberi amaran yang isu Rakhine adalah isu terbaru yang digunakan IS sebagai seruan “jihad” di Asia Tenggara selepas isu selatan Filipina. – 19 September, 2017. - sumber

3 comments:

  1. De fato, eu não sinto nenhum efeito paralelo dele.

    ReplyDelete
  2. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.

    saudara islam di dzolimi mesti ada saudara islam lain yang simpati n berani pertahankan mereka. yang mana tak upaya jangan menyalak macam orang boddo

    ReplyDelete
  3. aku sangat berterimakasih melalui informasi yang diberikan, mudah dipahami.
    Terimakasih.

    My blog post ... jualan terbaru

    ReplyDelete