(RAKAMAN AUDIO) MIMPI ARWAH ANAK TAHFIZ ITTIFAQIYAH YG TAK PERNAH KITA KETAHUI
admin@apekecoh - 24th September 2017
admin@apekecoh - 24th September 2017
Kami menerima rakaman salah satu ceramah (tak pasti daripada mana, siapa ustaz dalam ceramah ini) dan beliau menceritakan kisah yang berlaku oleh ayah kepada arwah pelajar tahfiz yang meninggal dunia di dalam tragedi kebakaran baru-baru ini.
Rakaman ini kami sedaya upaya untuk meletakkan subtitle bagi memudahkan anda ikuti rakaman audio ini.
Saya ada satu kisah. Baru dapat, masih panas. Kawan saya ustaz jugak Tahfiz jugak…Timbalan Mudir di Sri Iskandar. Jadi dia buat lawatan ke Tahfiz yang terbakar di Kuala Lumpur. Dia jumpa salah seorang bapa kepada anak yang mati terbakar. Pelajar ni umurnya 11 tahun, darjah 5…dia pergi jumpa ayah budak tu dan dia sembang2
Ayah budak ni dia cerita, dia kata ustaz…ustaz nak tau tak apa yang berlaku sebelum hari kejadian ?
2 bulan berturut-turut sebelum hari terbakar tu, anak saya berkelakuan pelik. Apa yang pelik ? Dia kata setiap kali dia balik rumah (kadang2 dia balik sebab ayah dia ambik).
Setiap kali dia balik rumah, dia cerita benda yang sama sahaja. Apa yang dia cerita ? Dia kata…(Dia panggil diri dia “adik” lah sebab dia kecik). Dia kata…
“Ayah, tadi dekat sekolah, adik tengah ngaji, tengah2 ngaji tu adik nampak ada orang melintas depan adik” “Adik tak tahu siapa. Dia pakai jubah putih. Adik pandang ke belakang yang lain, semua kawan2 adik ada dalam kelas”“Siapa yang kat luar ? Adik pun pergi nak tengok budak tu siapa. Rupa2nya dia tunggu kat luar. “Adik tengok2 rupanya sebijik macam adik ! Adik pun tanya dia awak ni siapa ? Kemudian budak yang dia nampak tu berkata “AKU ADALAH ENGKAU, ENGKAU ADALAH AKU”Budak kecik dia mana faham ! Lepas tu dia tanya “Nama awak siapa?” Nama sama ! Nama sama, jubah sama Muka semua sama…macam kembar” Dia kata kat ayah dia “Adik jumpa kembar adik, Sebijik macam adik” Ayah dia kata “Eeh, budak mana pulak ni.Budak kembar tu mana ? Ayah dia tanya. Tiba2 anak dia kata “Tu, sebelah ayah, dia tengah tengok ayah” Ayah dia tengok takda… Meremang bulu roma ayah dia kata…aaa…sudahlah…
Tak cukup dengan tu pulak, satu hari satu pagi dia bangun seronok sangat dan beria-ia nak cerita kat ayah dia.
“Ayah3x ! Ayah tau tak malam tadi adik pergi mana ? Tak tahu, adik pergi mana tadi ? “Malam tadi adik naik ke langit ! (Ha sudah dah macam Israk Mikraj Pulak, kita dengar pun macam merepek).
Tapi budak darjah 5, takkan pandai sangat nak bohong dan kalau dia bohong pulak, cerita tu sama setiap hari. Kalau bohong, boleh jadi hari ni cerita macam ni, esok mesti terpesong lain sikit cerita.
Ini tak, tiap2 hari ceritanya adalah sama. Menunjukkan benda tu betul2 berlaku ! Ayah dia layan anak dia tanya…
“Macamana adik naik ke langit ?” “Kembar adik tu ! Dia boleh terbang Dia ada sayap ! Dia pegang tangan adik dia bawak naik atas” “Adik nampak bumi, adik nampak bintang, adik nampak planet” (Dia kata.Ayah dia layan sambil bawak kereta layankan anak dia) Lepas tu yang keduanya, dia kata mimpi. Yang tadi tu betul2 dia cakap (Yang terbang ke langit).“Ada satu hari tu adik mimpi, adik nampak ada 1 taman, dalam 1 taman tu ada dewan yang sangat besar” “Adik pun masuk dalam dewan. Takda siapa2, adik seorang je. Takda orang lain, kosong. Cuma…“Cuma ada gambar2 kat dinding dewan tu. Adik pun tengok gambar2 tu. Rupa2nya semua gambar yang terpapar kat dinding tu adalah wali2 Allah, Ulamak2. Ada nama siap kat bawah gambar tu. “Lepas tu dia tengok atas, ada lagi tingkat, sebab bangunan tu tinggi.Dia pun naik ketingkat yang atas. Apabila naik ke tingkat atas, adik nampak lagi banyak gambar. Gambar siapa pulak ayah dia tanya“Gambar2 para nabi. Adik dah tengok dah gambar Nabi Muhammad. Nabi Adam, Nabi Musa, Nabi Isa, nabi Ibrahim…semua adik nampak” Cuma 1 je takda gambar. Adik tengok frame tu kosong, takda gambar.Adik tengok nama bawah tu “NABI KHIDIR” Gambar Nabi Khidir tu takda. (Ni saya tak tambah sikit pun cerita ni, saya dapat sebijik2).
Lepas tu dia nampak tingkat atas ada lagi…dia nak naik. Tapi apabila dia nak naik, jatuh. Naik, jatuh. Naik, jatuh. Akhirnya dia menangis. Pastu dia nak naik… bersungguh sangat nak naik tapi tak boleh naik. Akhirnya tiba2 keluar satu cahaya berwarna putih. Cahaya ni tiba2 bersuara :
“Kenapa kamu nak naik?” Dia kata : “Aku nak tau apa yang ada kat atas sana”. Aku nak tengok sangat, teringin sangat…tolonglah bawak aku naik atas.Tiba2 cahaya ini pegang tangan dia tarik naik atas. LAJU, zus ! naik ke atas. Keadaan dia macam ada awan2 sikit.
Dia tak nampak benda lain, dia hanya nampak taman hijau…lepas tu ada seorang budak yang putih mukanya…tengah kena gari. Tangan kena gari, kaki kena gari. Dia pun tengok je budak tu Lama2 dia tengok budak tu…tiba2 telinga dia hilang. Lepas tu mulut dia hilang. Lepas tu hidung hilang. Last sekali mata hilang.
Lepas mata hilang, dengan badan2 semua sekali hilang. Yang tinggal gari itu sahaja. Lepas tu bila dia cerita kepada ayah dia, Ayah dia pun tanya ustaz2. Ustaz2 semua tak berani nak bagi komen. Ustaz kata Wallahua’lam, kami tak tahu. “Boleh jadi betul, boleh jadi mainan mimpi sahaja”.Sebab sebelum kejadian, mana nak tau, mana nak agak.
Kemudian 1 mimpi pulak, ini mimpi hari yang nak dekat sangat dengan hari tragedi. Lagi seminggu. Dia mimpi, dia dicampak di tengah2 padang pasir. Dia jatuh di situ… Lepas tu dia bangun. Dia toleh belakang Dia nampak ada 2 lembaga hitam tengah kejar dia. Lembaga hitam yang menakutkan. Akhirnya dia bangun, dia lari. Lari2…akhirnya dia terjatuh.
Dia angkat kepala, dia nampak berdiri di depannya 6 orang pakai jubah warna putih, muka bercahaya. (Tak nampak mata, tak nampak hidung, tak nampak mulut) Kemudian dia mintak tolong,
“Tolonglah saya…lembaga hitam nak kejar saya”
Akhirnya 2 orang berjubah putih tu melawan lembaga hitam tu. Lagi 4 pegang tangannya bawa dia tu naik ke atas. Sehinggalah dia tersedar daripada tidurnya.
Itulah kali terakhir dia sembang dengan ayah dia. Lepas tu dia pergi ke sekolah…kemudian berlaku kebakaran
Apabila berlaku kebakaran, ayah dia ingat balik cerita anak dia, ayah dia tanya kepada ustaz2 Barulah ustaz2 ni faham apa tafsir mimpi ni. Rupa2nya…(Ini pandangan ulama’ ye, Tiada dalam Al-Quran ataupun Hadis)
Tapi ustaz2 yang tafsir mimpi ni kata… Yang dia mimpi nampak dewan dan nampak gambar wali2, alim ulama2 berkemungkinan masa hari kebakaran wali2 dan ulama’ semua hadir. Sebab nak mengiringi roh2 mereka naik ke langit. Allahurabbi…
Lepas tu bila dia naik atas pulak, ada gambar para nabi… Tak cukup dengan para wali Allah hadir, para nabi pun hadir… Lepas tu orang tanya ustaz, kenapa Nabi Khidir takda gambarnya ? Ustaz jawab berkemungkinan sebab Nabi Khidir masih lagi hidup. Nabi Khidir tidak wafat lagi. Jadi itu kemungkinan gambarnya tiada dalam frame.
Kemudian dia naik atas dan nampak budak kena gari tu…ustaz ni kata, ITULAH DIA SEBENARNYA. Gari tu maksudnya dia tak boleh lari. Masa kebakaran tu dia tak dapat nak selamatkan diri. Sebab tu tangan dan kakinya kena gari…dan telinga hilang, itu nak cerita tentang saat kematian dia.
Masa dia terbakar, telinga dia boleh dengar lagi. Lama2 Allah cabut pendengaran dia. Telinga dia dah tak boleh dengar… tinggal mulut sahaja.
Dia jerit2… akhirnya Allah cabut pulak percakapan dia…mulut tak bersuara dah. Tinggal mata sahaja melilau nampak api…dan kemudian Allah tarik pulak hidung dia hingga dia tak boleh bau dah…dan last sekali Allah tarik mata dia… tak boleh nampak dah. Akhirnya Allah tarik badan2 dia…mati semua sekali
Kemudian mimpi yang seterusnya dia nampak 6 orang jubah putih tu pulak, Ustaz ni tafsir…berkemungkinan 6 orang itu adalah sahabat yang mati bersama dia…kan ada gambar orang share, bertimbun2 bertindih2 orang mati…
rupa2nya budak yang darjah 5 ni, mayatnya di bawah. 6 orang sahabat dia ni, tindih atas badan dia. Kerana apa ? kerana taknak budak darjah 5 ini kena api. Mereka sanggup berkorban, biar diorang kena api…budak ni tak kena.
Rupa2nya waktu bomba keluarkan mayat, memang mayat budak ini tak kena api. Tak melecur. Melainkan sedikit sahaja terkena di bahagian jari…tapi badan dan tempat lain elok. Adapun sahabat2 dia yang lain habis jadi hitam.
Hangus terbakar. Jadi berkemungkinan 6 orang jubah putih yang dia nampak, itulah kawan2 yang selamatkan dia…jadi berkemungkinan budak ni, budak yang paling disayangi dalam tahfiz tu.
Mungkin sebab dia baik, jadi kawan2 pun sayang kat dia. Kawan2 jaga dia, kawan2 selamatkan dia. Itulah kisah disebalik kejadian… kematian pelajar2 tahfiz Kampung Keramat…
Dalam saat kawan saya tu tengah bersembang2 dengan Ayah dia, tiba2 telefon ayah dia berbunyi Ayah dia kata “Wartawan telefon” Tapi tak disebut daripada surat khabar mana atau berita tv mana…Dia buat loud speaker. Wartawan tu kata apa…
”Encik, budak yang bunuh anak encik ni ada kat balai polis sekarang. Kalau encik nak jumpa, datanglah sini”
Apa jawab ayah dia ? Ini ayah yang faham agama…faham Islam. Dia jawab :
“Buat apa saya nak pergi jumpa budak tu ?” “Saya nak cium pipi dia ? Saya nak peluk dia ? Bukan boleh kembalikan pun anak saya” Biarlah dia… Biarlah undang2 yang menghukum dia.
Tengok wartawan, dia main isu. Dia panggil orang ni supaya rasa panas, rasa bengang. Kalau orang tu jenis tak ngaji agama, jenis tak sabar, apa jadi pada ayah budak tu ? Dia straight bawak kereta laju pergi balai, sampai kat budak tu dia tumbuk budak tu, betul tak ? Dah anak dia mati ! Baru darjah 5 ! Takkan tak sayang ?
Kalau mati sebab bencana insya-Allah hatinya lapang menerima. Tapi apabila tahu mati ni sebab orang pedajal, Allah…hati mana tak remuk?! HANCUR ! Walaupun tu bukan anak saya, tapi saya terasa, ish ! Kalau kena kat akulah, MAMPUS budak nih ! GERAM sungguh !
Dah anak kita, kita timang, kita sayang, nak dapat bukan senang ! Buat solat hajat “Ya Allah kurniakanlah aku anak” Bila dapat anak, senang2 orang bunuh anak kita. Allah… Dahlah kita hantar anak ke sekolah agama…kita harap dialah nanti yang boleh tolong doakan kita… tiba2 dia mati lebih awal. Allah…siapa tak kecewa, siapa tak rasa sedih…
Disediakan Oleh :
– Editor MyNewsViral
Disediakan Oleh :
– Editor MyNewsViral
Sumber/Kredit : Mynewsviral
I absolutely love your site.. Pleasant colors & theme.
ReplyDeleteDid you make this web site yourself? Please reply back as I'm wanting to create my own personal blog and
would love to know where you got this from or just what the theme is named.
Kudos!