Thursday, June 22, 2017

Satu ketika beri amaran jangan kacau rumah tangga PAS, sekarang hang dok sibuk dengan PH tu nape?

Percubaan adu domba PKR dan PH ke?
Tektik lama weh!

Bersatu tidak layak dominasi kuasa dalam Pakatan Harapan
21 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE
Tuan Ibrahim Tuan Man

Pandangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak penguasaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pakatan Harapan wajar diberikan perhatian serius, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata Bersatu tidak sepatutnya cuba mendominasi Pakatan Harapan kerana ia parti yang baharu menyertai gagasan itu.

"Pandangan daripada Anwar itu betul, tak mungkin boleh dua-dua daripada parti Bersatu sebab dominasi dalam Pakatan Harapan itu masih lagi pada PKR dan selama ini pun dalam Pakatan Rakyat, PKR yang menerajui.

"Jadi kalau dengan kemasukan Bersatu yang belum dicuba dalam mana-mana pilihan raya, saya fikir pandangan Datuk Seri Anwar itu wajar, maknanya wajar diberi perhatianlah," katanya seperti dilapor Antarapos.

Sabtu lalu, Anwar dalam satu kenyataannya melalui ibu pejabat PKR menyatakan bahawa beliau bersetuju sekiranya Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan peranan penting dalam Pakatan Harapan, namun menolak penguasaan Bersatu dalam jawatan pengerusi dan presiden dalam gagasan itu.

Parti komponen Pakatan Harapan kini dikatakan bertelagah mengenai struktur organisasi baharu pakatan itu selepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak diberikan jawatan utama dan sekadar menjadi timbalan.

Anwar yang dinamakan penasihat dalam senarai itu menolak Pengerusi Pakatan Harapan mempunyai kuasa pemutus sebaliknya hanya perlu diberi tugas-tugas menyelaras.

Tuan Ibrahim bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Anwar itu.

"Saya fikir kalau pengerusi hanya sebagai penyelaras, dia tiada kuasa, saya fikir dia tak boleh memberi sesuatu arahan dan membuat keputusan dalam mesyuarat, dia mesti ada kuasa sebagai pengerusi yang sebenar.

"Saya fikir betul kalau pengerusi hanya sebagai penyelaras, jadi ia tiada makna dan memang kalau kita lihat dari segi muafakat tu, mesti ada ketua yang dihormati, bukan sekadar ketua untuk pengerusi menyelaras menyuarat-mesyuarat sahaja," ujar Tuan Ibrahim lagi.

Anwar sebelum ini menegaskan ketua setiap parti harus diberi kuasa dan kedudukan yang sama-rata bagi mengekalkan tradisi musyawwarah dan konsensus seperti yang diamalkan Pakatan Rakyat, suatu ketika dahulu.

6 comments:

  1. Sapa pulak kau yang sibuk pasal PAS bercakap? Bukannya PAS letak pengacau dalam parti -parti Pakatan Hopeless macam macam DAPigs yang letak ayam sabung Mike Sabun dalam PAS untuk cuba pecah belah kan PAS!

    Kau ni dweller dah tua pun fitnah orang lagi! ni mesti belajar dengan Parti pro-Zionist DAPigs!

    ReplyDelete
  2. Tengok! Tengok betul betul perangai si munafik nih. Sekilas lebai melabun aku kenal siapa kuli siapa TUAN palsu. Rasanya pihak pakatan dah jelas wayang budak ni. Nak jadi batu api konon.. bodoh punya lebai. Meh belajar ngan aku dulu.. kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Biasak arr...kan dia tu timbalan presiden Parti Aku Suci....pandangan nya pun memang suci!! Kah!kah!kah!

    ReplyDelete
  4. Titm jgn menyibuk lah. Pas dah putus dgn pkr dap n amanah. So what. Nilah minda lemah otak udang titm. Mcm gilo talak pulak. Inkontom tak maloonn. Hahaha

    ReplyDelete
  5. Kalau PAS yang menyibuk masuk campur urusan parti lain selain UMNO, itu takpe...tak jadi salah pun. Demikian juga dengan Wan Rosli, sama saja tabiatnya.

    ReplyDelete
  6. Tuan Timbalang Presideng, rasanya lebih baik hang duduk diam2 dlm perigi buta je... atau pi ngajaq kat surau masjid je laa, hang tak perlu la sibuk2kan diri untuk main politik kerana ini bukan bidang hang!!

    ReplyDelete