Sunday, June 25, 2017

Pengotor dan tidak berdisiplin: Aku anak Kelantan, tapi hakikat ini tak boleh disangkal!

Sampah bertimbun tepi lebuhraya orang Kelantan dituduh pengotor

TIDAK BERTAMADUN, itulah perkataan yang sesuai melihat keadaan sampah sarap yang dibuang bersepah-sepah oleh pengguna sepanjang tepi jalan di Lebuhraya Lipis menghala ke Gua Musang, Kelantan.

Justeru, seorang pengguna laman sosial Facebook, Rahani Jusoh meminta pengguna yang menggunakan lebuhraya tersebut untuk pulang ke kampung agar tidak meneruskan tabiat itu..
"Janganlah buang sampah kat tepi highway baru tu. Berhenti berbuka, bawa balik sampah, tolonglah ya. Tak ada tong sampah bukan alasan, jenuh nak bersihkan wei..." tulisnya.

Rahani turut mengirimkan beberapa keping gambar menunjukkan keadaan sampah sarap yang berlonggok dan bersepah dikatakan di tepi lebuhraya itu. 

Berdasarkan foto tersebut, kebanyakkan sampah sarap yang dibuang di situ adalah terdiri daripada botol-botol air mineral dan juga bungkusan plastik makanan dipercayai dibuang oleh pengguna Lebuhraya yang berhenti seketika di situ untuk berbuka puasa.

Bila namanya berbuka puasa, tentu sekali pelaku yang membuang sampah ini adalah orang-orang Islam, mereka bukan sahaja mengotorkan kawasan dan memburukkan pemandangan, malah mereka secara tidak langsung memburukkan Islam.

Selain itu tabiat pengotor ini juga akan memburukkan penduduk tinggal di kawasan Pantai Timur yang menggunakan lebuh raya tersebut.

Seorang pengguna mengulas dalam kiriman itu, mendakwa dirinya berasal dari Kelantan namun mengakui bahawa orang Kelantan memang pengotor. 
Seorang lagi pengguna pula mendakwa orang Kelantan memang terkenal dengan budaya pengotornya.

"Perubahan budaya bukannya mudah, ambil masa..." tulisnya.
 - sumber

4 comments:

  1. Ha ha ha. Kena dah orang kelantan. Memang kebanyakan orang Kelantan pengotor. Simple life konon. Aku Kelantan jugak. Tak tau lagu mana nak upgrade.Rasa okay dah. Tapi tak jadi.

    ReplyDelete
  2. Sy bukan org kelantan tp sudah sampai ke satu peringkat bila nampak sampah bertaburan ditempat awam sy beritahu keluarga sy yg buang sampah tu org kelantan. Pengotor berjamaah diorang nie.

    ReplyDelete
  3. ITU BARU BAB SAMPAH BAB YANG LAIN LAIN TAK BUKA BUKU LAGI

    ReplyDelete
  4. Jgn ditegur,bg diorg xpe jd pengotor aslkn pndai berdikari n berjaya

    ReplyDelete