Monday, June 12, 2017

Pas takut menjadi jantan?

Monday, 12 June 2017
PAS OH PAS....
Apa masalah Pas sebenarnya?

Adakah Pas masih keliru tentang keperluan menukar kerajaan yang sedang dipimpin Najib Razak sekarang, meskipun jika kita bertanya kepada 10 rakyat, tujuh atau lapan daripadanya tidak lagi berkenan dengan UMNO dan BN?

Kalau Pas merasakan menukar kerajaan belum tentu membawa kebaikan, apakah jaminan bahawa mengekalkan lagi kerajaan yang sedang dipimpin oleh Najib tidak membawa lebih banyak keburukan kepada rakyat dan negara?

Antara keburukan yang sudah nyata dengan kebaikan yang belum pasti, yang mana patut ditolak dahulu?

Jika benar menukar kerajaan belum tentu membawa kebaikan, kenapa Pas sendiri tidak mengumumkan secara terbuka sokongannya kepada UMNO dan BN?

Bukankah lebih baik dan "lebih jantan" jika Pas nyatakan saja sokongan terbuka atau umumkan bergabung terus dengan UMNO jika merasakan menukar kerajaan tidak membawa kebaikan?

Kenapa Pas perlu berselindung di sebalik blok ketiga dan Gagasan Sejahtera jika benar kerajaan yang ada lebih diyakini boleh membawa kebaikan?

Kenapa sejak bersendirian ini, Pas semakin caca-marba, tidak ketahuan dan tidak menantu hala tujunya?

Pas oh Pas...mengapa begitu malang nasibmu? (ShahbudinHusin 12/06/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 00:27 

5 comments:

  1. Kenalah buat statemen macam ni. Kalau kata mmg bak join umno nanti walaun2 tekejut n ada pro n kontra. Lepas ni peminpin lain pulak cakap. Aritu idris TITM abduh. Lepas ni sapa pulak. Maka dgn bahasa2 indah ini walaun pun akan tebuai setuju. Ni belum diselitkan dgn hadis ayat quran n last sekali amanat. Maka akan belumba2 ahli bersetuju n bersetia yg kononya
    utk dapat pahala dan saham akhirat. Inilah agamawan akhir zaman. Yg mungkar dibiarkan malah dipuji lagi. Yg jadi mangsa rakyat yg perlukan perubahan utk mélihat penderitaan dpt diatasi. Kos tinggi gst minyak kepyahan nak dpt pinjaman pelajaran utk anak2 gaji yg kecil etc.

    ReplyDelete
  2. Kito pikir la sendiri

    ReplyDelete
  3. Hoi titm. Makin hari makin bengong. Kalo tak mau tukar kjaan buat apo pas masuk politik? Titm ni teruk sangat. Itulah wat masters in tourism. Molek jd jemaah tabligh wehh. Bajet parlimen pon pas berkecuali. Aduhai. Berkecuali makna tak bantah Gst dll. Bengap pas ni dibwh pimpinang hadi awe al marangi. Kikiki

    ReplyDelete
  4. Malang pas dapat olamak mcm Titm. Masters in pelancongan. Ingat bidang apa? Boleh ganti nazri jadi menteri ni. Hahaha

    ReplyDelete
  5. Pas dilanda waswas. Nk sokong umno takut umno tipu dan penyokong pas lari. Nk bsama dap depa kapir harbi. Wan azizah pon depa nk kebumi di jerat cina. Hashim murshidul kata umno boleh diharap utk jaga islam. Aduhh aku ingat hashim ni cerdik tp rupanye teruk. Aduh lebai malang. Pikir lah wahai walaun pas. Jgn ikut buta tuli. Mesti pikir sikit. Kikiki

    ReplyDelete