Saturday, June 3, 2017

Pada aku, puak-puak ni..... sekor pun takleh dipakai!

SATURDAY, JUNE 03, 2017
Hj Hadi : Beraja di mata, bersetan di hati
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, naik hangit bila Ust Ahmad Awang (UAA) mendedahkan mengapa beliau mengambil keputusan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS pada muktamar parti itu ke-61.

Beliau menuduh UAA ada masalah konflik dalaman sebab dia paksa orang lain terima pandangan dia dan meminta UAA supaya menjaga parti sendiri yang disifatkannya tidak mempunyai hala tuju perjuangan.

Khairuddin membidas kenyataan UAA dengan menegaskan PAS adalah parti yang sentiasa terbuka menerima pandangan ahli demi kebaikan semua pihak.

“Jangan sebab pandangan di tolak, terus kira anggap tidak ada demokrasi dalam parti dan terus tubuhkan parti baru." Katanya.

Khairuddin dalam kenyataannya itu tidak pula menyatakan mengenai konflik dalaman yang dialami UAA. Beliau juga gagal menyatakan pandangan  UAA yang bagaimana dipaksakan supaya orang lain terima.

Ternyata tuduhan-tuduhan liar Khairuddin itu tidak berfakta dan merupakan luahan emosi yang kacau semata-mata.

Sebenarnya pimpinan tertinggi Pas hari inilah yang mempunyai sikap mahu supaya semua orang lain menerima pandangannya. Sikap Hj Hadi saling tak tumpah ibarat pepatah Melayu baru :  Beraja di mata, bersetan di hati:

1) Apabila UAA bersama rakan tahaluf siyasi DAP dan PKR menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, pada keesokan paginya, pimpinan tertinggi Pas telah menalipon UAA dan mengarahkan supaya membatalkannya, malah menyuruhnya supaya menerima Umno dan membentuk kerajaan Melayu Islam di Perak.

2) Hj Hadi sendiri telah menggunakan kuasa veto dan menafikan hak demokratik muktamirin untuk membahas usul dengan mengarahkan Ketua JK Usul Muktamar untuk pastikan "muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk "putuskan hubungan dgn DAP."

3) Pada 17 Ogos 2014, dalam satu mesyuarat JKPP, semua ahli mesyuarat terkejut bercampur gembira kerana Hj Hadi sendiri telah mencadangkan Dr Wan Azizah sebagai calon pertama dan nama Azmin Ali sebgai calon kedua untuk Menteri Besar Selangor.

Pada sebelah petang hari yang sama, keputusan itu telah dibawa oleh Hj Mohd Sabu ke dlm mesyuarat PR Pusat. Mesyuarat petang itu telah memutuskan PAS hantar nama Dr Wan Azizah sahaja setelah Azmin Ali menarik diri.

Pada keesokannya Hj Hadi buat PC bersama TGNA dan Mustafa Ali di Kota Bharu dan menamakan Dr Wan Azizah sahaja kerana Azmin Ali menarik diri.

Selang beberapa hari kemudian, atas desakan dan nasihat orang tertentu, tiba-tiba Hj Hadi telah berubah fikiran lalu cuba merombak semula keputusan tersebut.

PAS mengadakan mesyuarat lagi pada 25 Ogos 2014 untuk meminda keputusan tersebut, namun mesyuarat kali ini masih berpegang kepada keputusan mesyuat pada 17 Ogos.

Tidak berpuas hati dgn keputusan mesyuarat pada 25 Ogos tu, Hj Hadi telah bertindak sendirian tanpa melalui pejabat SUA. Hj Hadi hantar sendiri 3 nama orang PAS. Tidak ada siapa yg tahu siapa nama-nama tersebut.

Bila orang kecuh dan persoalkan tindakannya itu, dia hantar sekali lagi, barulah kali ini ada nama orang PKR. Korang lihatlah betapa bongkaknya Hj Hadi ini bila ahli mesyuaratnya tidak mahu menerima cadangannya. Baca di sini

4) Hj Hadi kata, Pas pakat dengan pihak yang ikut acuannya sahaja.

5) Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin menegaskan, mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan Pas mestilah menerima Pas sebagai pemimpin.

Tidak mempunyai hala tuju perjuangan: Pas atau Amanah? 

Cuba perhatian fakta-fakta berikut :

1) Hj Hadi kata dia mahukan Umno dan Barisan Nasional tumbang. Tetapi dia siang malam menyerang Amanah dan DAP dengan menuduh mereka anti Islam, anti hudud.

Adakah Umno akan tumbang dengan serangan Hj Hadi terhadap Amanah dan DAP?

Ternyata Hj Hadi dan Pas dalam keadaan yang keliru dan tidak mempunyai hala tuju perjuangan.

2) Hj Hadi dan beberapa pimpinan tinggi Pas memang mahu membawa Pas bekerjasama dengan Umno. Kenyataan mesra Umno dan gambar-gambar Hj Hadi sedondon dengan Najib mula menjadikan ramai pengikutnya menjadi rimas dan gelisah; menjadikan Hj Hadi turut cemas dan khuatir mereka akan lari meninggalkan Pas.
Pas Mesra Umno 

Maka oleh itu Pas cuba memperdayakan mereka dan mengelirukan mereka dengan kenyataan-kenyataan untuk mengembalikan kenyakinan para pengikut mereka dengan kenyataan-kenyataan yang panas-panas suam kuku jer...
Pas Lawan Umno Olok-olok...

Hj Hadi dan Pas hanyalah berbohong bila berkata mahu lawan Umno kerana dia sebenarnya yang menjadi boneka dan khadam Umno untuk pecahkan undi pembangkang dalam PRU nanti. Tidak hairanlah kenapa Hj Hadi dan Pas mengambil aleh kerja-kerja Umno menyerang Amanah DAP dan PKR.

Hj Hadi dan PAS tidak segarang mana menyerang Umno walaupun banyak isu-isu salah laku Umno berlegar selama ini.Pas lawan Umno cuma olok-olok jer macam tayangan gusti dalam tv yang pernah menjadi tayangan yang sangat popular satu masa dulu.

Itu sebabnya, dalam parlimen, Hj Hadi (selalu ponteng) dan MP Pas lainnya hanya tercongok macam pasu bunga, tidak turut berbahas untuk membela nasib rakyat yang memilih mereka sebagai wakil.

Dengan sikap yang tidak menentu tanpa pendirian inilah, Hj Hadi mengistiharkan dirinya dan Pas sebagai pengamal politik matang sejahtera.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am 

5 comments:

  1. Hadi sangat suka menuduh orang yang tidak sebulu dengannya sebagai bewok, sedangkan tuduhan itu adalah tepat mengenai dirinya sendiri...lidah bercabang. Semasa muktamar tempoh hari ada yang mendoakan jahanam PAN tetapi PAS sendiri yang jahanam. Sifat angkuh sombong bongkak takbur pada makhluk adalah sifat yang dilaknati Allah AWJ, seperti mana sifat yang ditunjukkan oleh syaitan dan iblis di hadapan Allah AWJ ketika diperintahkan sujud kepada Adam alaihissalam. Sifat itulah yang dimiliki oleh Hadi and the gang. Ini semua mesti master mind yang dipelopori oleh Wan Rosli.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ulamok korok lagu tu
      Ulamok natang

      Delete
  3. Hi Dasuki. Jangan hina ulamak. Bagi lah hujah sikit. Hang ni bukak blog atas motosikal ker.?? Ker nak terberak. Kahkahkah

    ReplyDelete
  4. Alahai ulamak Din Q7 hadiah ke bini muda. Diajak debat takut pula dgn dr. Rozaime Ramli. Ini olamak fulussss fi dunia. Kahkahkah

    ReplyDelete