Tuesday, June 20, 2017

Nape gelisah sangat ni?

* Kalau dah duduk dan lena dalam kelambu UMNO, yang berjiwa pembangkang mana yang akan hidu?

Pas terbuka kepada semua kecuali Amanah dan DAP, tegas Mohd Amar
19 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE
Mohd Amar

Pas mengulangi penegasan bersedia bekerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika mereka meninggalkan Pakatan Harapan.

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas boleh bekerjasama dengan mana-mana parti kecuali Amanah dan DAP.

"Kita membuka ruang pada semua kecuali DAP dan Amanah sahaja. Kita yakin tiga parti ini (Pas, PKR dan Bersatu) jika bergabung potensi untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) semakin cerah,” katanya.

Beliau hadir di majlis dialog dan berbuka puasa pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan bersama pengamal media di Hotel Grand River View semalam, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan barisan Exco kerajaan negeri.

Beliau juga berkata, Pas bersedia bertembung dalam pelbagai penjuru sekiranya Pakatan Harapan tidak serius melawan untuk Umno dan BN.

"Bahkan kita menawarkan kepada Bersatu dan juga PKR untuk bersama kita sekiranya mereka tidak berminat lagi dengan PH," katanya.

6 comments:

  1. Semenjak ketiadaan puak professional dalam PAS, yang tinggal dalam parti itu hanyalah yang biul belaka. Benar seperti yang dicakap oleh Hadi dulu, PAS ibarat anjing menyalak ke arah bukit sahaja. Macam orang meroyan gila talak, pun ya juga. Patutlah tiada pihak lain yang boleh serasi dengan PAS, hatta mungkin oleh segolongan ahli yang masih tinggal lagi dalam parti anak butir taik UMNO tu.

    ReplyDelete
  2. WalUn walaun PAS bila bercakap dah macam Lidah Biawak.kejap cakap nk putus lepas tu nak kerjasama dengan bersyarat pulak tu.Apa punya BINGAI perangai macam tu.

    ReplyDelete
  3. Salah sekor muka yang buat aku meluat kat PAS HADI AWANG CAI. Kerektor ngan muka budak nih langsung tak bawak tuah kat PASCAI. Tah tangkal apa dia pakai aku pun tak tahu..! Huhuuuu..

    ReplyDelete
  4. Pas ni da buang tebiat...dah kena sawan babi. Muka tak malu...muka tembok

    ReplyDelete
  5. Tok soh laye sgt la nate mamat range rover ni
    Kecek panda laa..
    Settle masalah sampah dulu
    Kelate meme cemar sengoti la nate woi..

    ReplyDelete
  6. Kalau BERSATU dan PKR join PAS, aku keluar....tak mau berkongsi sial dengan parti PAS. Pemimpin PAS bertopeng agama, buat maksiat, aniaya rakyat, mencabul amanah rakyat.. PAS perlu pembersihan dari kepimpinan angkuh dan kurang cerdik terlebih dahulu.

    ReplyDelete