Benarkah orang Melayu tidak akan berubah?
Pada 7 Mac 2017
oleh Wan Hamidi Hamid
Ada kalangan pemimpin politik, termasuk pembangkang, menganggap orang Melayu sukar mengubah fikiran. Kerana itu sukar untuk Melayu mengundi ubah kerajaan. Kata mereka, orang Melayu hanya minat hal-hal agama dan kaum sahaja, dan orang Melayu sangat takut hilang kuasa.
Banyak pemimpin Melayu sendiri mengandaikan orang Melayu tidak faham skandal mega 1MDB, Felda dan Mara. Asalkan peneraju kerajaan itu adalah Melayu, sudah cukup, kata mereka. Otak pengundi Melayu dikatakan jumud dan tidak dapat memahami makna dan amalan demokrasi, kebebasan, kesaksamaan, atau apa-apa idea progresif.
Oleh itu, banyak pemimpin politik pembangkang cuba mencari jalan pintas menawan hati pengundi Melayu. Cara mereka mudah sahaja. Jika UMNO menggula-gulakan Melayu dengan politik kaum dan agama, maka pembangkang juga harus lakukan perkara yang sama.
Sebenarnya di kalangan akademik dan pencinta budaya Melayu, sudah lama wujud usaha mahu membebaskan minda Melayu daripada cengkaman sesuatu. Namun “sesuatu” itu sering berubah maknanya mengikut masa, keadaan dan tempat.
Dulu dan sekarang
Sebagai contoh, zaman sebelum 1970-an, amat jarang ditemui wanita Melayu – yang biasanya Islam dan dianggap Muslim oleh Perlembagaan Persekutuan – yang memakai tudung. Malah, sekitar 1970-an, wanita yang bertudung malah berpurdah telah menjadi cemuhan masyarakat Melayu. Lebih buruk lagi, ia dikaitkan dengan ajaran sesat atau aliran agama yang ekstrem.
Hari ini suasana berubah. Wanita Melayu tidak bertudung pula yang dipandang hina, dianggap bakal ke neraka. Tidak pasti sama ada orang yang membuat tuduhan ini menganggap ibu, nenek dan moyang mereka telah berdosa besar berbanding wanita hari ini.
Begitu juga era sebelum 1970-an bila mana lebai merupakan istilah biasa-biasa yang kadang-kadang menjadi ejekan. Orang yang dipanggil lebai biasanya sering memakai ketayap putih berkain pelikat, sering berada di masjid atau surau tetapi ilmunya hampir tiada. Setidak-tidaknya itu satu daripada persepsi tentang lebai, seperti kisah-kisah lebai malang yang betul bendul dan tamak haloba.
Hari ini lebai yang berketayap putih sudah mendapat gelaran ulamak, berceramah dengan bayaran besar di masjid dan TV. Malah semakin ramai telah kaya dengan pelbagai bisnis. Mungkin sudah ada lebai yang menjadi jutawan dengan rumah-rumah dan kereta-kereta mewah.
Dalam hal undang-undang pula, sejak Merdeka sehingga penubuhan Malaysia pada 1963 dan di awal dekad 1980-an, campur tangan kerajaan dalam hal-hal agama Islam adalah terhad, iaitu hanya kepada undang-undang keluarga dan harta pusaka, serta beberapa kesalahan yang ditakrifkan sebagai jenayah walaupun ia bukan jenayah dalam definisi undang-undang sivil. Itu merupakan sebahagian daripada kontrak sosial.
Kini perluasan kuasa undang-undang agama membimbangkan banyak pihak kerana ia tidak lagi menumpukan kepada matlamat atau maqasid undang-undang itu sendiri, iaitu keadilan. Ia mahu dilihat lebih hebat dari segi harfiyah dengan nama dan label, serta hukuman berat tanpa mengira nilai kesalahan terhadap mudarat awam.
Mampu berubah
Catatan ini tidak berniat menghakimi sesiapa. Contoh-contoh di atas hanya anekdot, sekadar cuba menjelaskan pemikiran Melayu memang telah berubah dari semasa ke semasa. Maksudnya amalan, budaya dan tradisi Melayu tidak pernah statik. Ia berubah mengikut zaman. Ia bukan sejak azali. Ia adalah gubahan sosial atau social construction.
Islamisme yang menjadi amalan seharian kebanyakan Melayu hari ini lebih ketat dan tidak sebebas era sebelum 1970-an. Mungkin ini adalah kesan pantulan daripada usaha penerapan nilai-nilai Islam sejak Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri pada 1981.
Sejak akhir dekad 1970-an, pertandingan siapa-lebih-kelihatan-Islam semakin menjadi-jadi di pihak Mahathir yang dibantu oleh Anwar Ibrahim, dengan pihak Abdul Hadi Awang yang membawa suara radikal PAS. Namun, hasilnya hari ini, bukan nilai-nilai Islam yang menjadi pegangan dan amalan, sebaliknya label serta penjualan agama dan keghairahan menghukum orang lain pula yang menjadi pilihan.
Adakah fenomena ini akan kekal atau bakal berubah mengikut masa dan keadaan seperti perubahan-perubahan yang pernah berlaku dalam masyarakat Melayu sebelum ini? Apakah kesannya kepada parti-parti politik di Malaysia, khususnya yang kini berhadapan dengan pilihanraya umum akan datang?
Dua persoalan
Dari segi politik, dua persoalan asas perlu difikirkan:
Sanggupkah parti-parti pembangkang – kerana yakin Melayu boleh berubah – akan melabur tenaga, masa dan kesabaran untuk memupuk perubahan minda Melayu khususnya, dan masyarakat Malaysia amnya bagi melahirkan Malaysia baru?
Atau
Adakah parti-parti pembangkang – kerana yakin Melayu tidak akan berubah – akan meneruskan status quo agenda perkauman dan keagamaan untuk meraih undi Melayu semata-mata bagi mengambil alih kuasa daripada UMNO-BN sahaja?
Jika persoalan kedua menjadi pilihan, maka tidak ada apa yang perlu dilakukan kecuali terus cuba menjadi lebih Melayu dan Islamik daripada UMNO dan PAS. Dan berharap agar orang Melayu akan memilih parti yang lebih Melayu serta dilihat lebih Islamik.
Pilihan untuk persoalan kedua itu juga bermakna ia akan menutup pintu kepada mana-mana parti progresif seperti DAP untuk menarik sokongan orang Melayu kerana parti-parti majoriti Melayu tidak berani keluar dari kepompong politik kaum dan agama.
Dengan itu, semua parti akan berkempen supaya kembali ke kubu masing-masing, iaitu hanya menumpukan kepada pengundi setia mengikut kaum dan agama. Ia bermakna politik Malaysia akan kekal dengan politik kaum dan agama.
Jika ini menjadi pilihan, rakyat akan terus terikat dengan kebuntuan yang sama, iaitu segala-galanya akan ditentukan oleh faktor kaum dan agama. Malah, sama ada disedari atau tidak, ada kalangan pembangkang yang sekadar mahu menjadi Barisan Nasional 2.0.
Sebaliknya, jika persoalan pertama menjadi pilihan, ia bererti menerima hakikat bahawa orang Melayu, seperti komuniti lain, boleh berubah. Ia bermaksud orang Melayu mengalami proses evolusi pemikiran dan budaya seperti kaum dan bangsa lain di dunia ini. Ia adalah sesuatu yang semulajadi.
Apabila diyakini Melayu mampu berubah, isu sama ada kerajaan Malaysia yang baru boleh dibentuk tidak lagi menjadi angan-angan. Memang Pakatan Harapan dan Bersatu akan berhadapan dengan lebih banyak persoalan dan kemelut tetapi ia adalah langkah permulaan yang baik.
Tetapi jika jalan pintas politik kaum dan agama masih menjadi pilihan, jangan salahkan sesiapa jika selepas pilihanraya umum nanti suasana kehidupan seharian kita di Malaysia tetap sama tanpa sebarang perubahan.
Malah, mungkin kehidupan lebih parah lagi ditekan oleh kegawatan ekonomi, penyalahgunaaan kuasa serta penyelewengan wang rakyat, dan ketidakadilan kaum, agama, gender dan wilayah.

orang malayu akan berubah kalau orang besar depa berubah
ReplyDelete