Friday, March 10, 2017

Lagi pencuri besar didakwa

Penolong penyelia stor TLDM Lumut didakwa pecah amanah lebih RM700,000
Mac 10, 2017 14:44 MYT
Penolong penyelia stor TLDM Lumut didakwa pecah amanah lebih RM700,000
Rosdan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang penolong penyelia Stor Bulk Fuel Installation (BFI) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap dua pertuduhan pecah amanah membabitkan penyaluran diesel bernilai RM702,000 tahun lepas.

Rosdan Ismail, 37, yang bertanggungjawab ke atas aktiviti penyaluran diesel dari kargo kapal MT Nautica Johor Bahru ke tangki minyak BFI 1 dan BFI 2 didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu bersama-sama ketua jurutera kapal itu Dudhy Ardhyanto.

Bagi pertuduhan pertama, Rosdan didakwa dengan sengaja membenarkan Dudhy menyimpan kira-kira 200,000 liter diesel bernilai RM328,000 (berdasarkan harga pasaran semasa kesalahan) di dalam tangki Kapal MT Nautica Johor Bahru tanpa disalurkan ke tangki BFI 2 di depot bantuan pangkalan TLDM pada 22 Sept 2016.
Dia juga didakwa sengaja membenarkan Dudhy menyimpan kira-kira 200,000 liter diesel bernilai RM374,000 di dalam tangki kapal sama tanpa disalurkan ke tangki minyak BFI 1 di tempat yang sama pada 3 Dis 2016.

Rosdan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Norashima Khalid membenarkan Rosdan diikat jamin RM15,000 untuk setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasportnya diserah kepada mahkamah dan menetapkan 11 April untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, Dudhy yang merupakan warga Indonesia mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Rosdan, mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 409 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebat dan denda.

Mahkamah menetapkan 11 April untuk mendapatkan jurubahasa dan jatuh hukum terhadap Dudhy.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sally Chay Mei Ling manakala Rosdan diwakili peguam N.P Ramachandran. - sumber

2 comments:

  1. Dilaporkan "Penolong Penyelia Setor" dituduh songlap RM700,000. Sekiranya benar, bagaimana yg lebih tinggi pangkat nya. Bagaimana "standard operating procedure" (SOP) TLDM dlm mengendali pembekalan seperti bahan api yg sangat "kritikal" dan "basic" dlm operasinya dan seterusnya dlm sistem ketahanan negara. Sebelum ini tersebar berita injin2 pesawat tempur negara diseludup ke Amerika Selatan dan kapai selam tidak boleh selam. Di satu pihak banyak eset2 negara dan kontrak2 besar diberi kepada negara asing, maka apa peliknya negara turut dibanjiri pendatang asing dari Vietnam, Nepal, Africa dan kini dilaporkan pula pakar2 I.T. dari Korea Utara, selain dari sumber2 tradisional seperti Indonesia, Bangladesh dan Filipina. Berita "trending" terkini ialah kes rasuah dlm penukaran "status" tanah bumiputra ke bukan bumiputra.
    Pokoknya ialah bilakah pihak berwenang mau mengakui mereka tidak lagi mampu atau layak mentadbir negara lantas mengundur diri....

    ReplyDelete
  2. hukum yang sedang diguna pakai nampaknya tak meredakan perbuatan jinayah
    tapi tak sapa pulak pertikai
    buatlah rioh sana sani
    ini hukum tak berkesang
    tak da barokah

    ReplyDelete